Rasuah: Tauke restoran nasi kandar didenda RM3,000

IPOH – Gara-gara memberi rasuah RM10,000 kepada pegawai Jabatan Imigresen, seorang pemilik restoran nasi kandar di sini didenda RM3,000 oleh Mahkamah Sesyen, hari ini.

Rezaul Shajahan Ali, 37, warga Bangladesh, mengaku salah selepas pertuduhan pilihan dibacakan di hadapan Hakim Datuk Ibrahim Osman yang turut memerintahkan lelaki itu dipenjara tiga bulan jika gagal membayar denda terbabit.

Selain itu, mahkamah turut menetapkan wang rasuah RM10,000 itu dilucut hak kepada kerajaan Malaysia.

Berdasarkan pertuduhan pilihan, lelaki itu didakwa memberi suapan RM10,000 kepada pegawai Imigresen di Pejabat Jabatan Imigresen Malaysia Perak di Kompleks Kementerian Dalam Negeri, Persiaran Meru Utama, di sini, pada jam 3.30 petang, 12 September lalu.

Suapan itu sebagai balasan untuk tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap 13 pekerja tertuduh yang tinggal di Malaysia tanpa pas sah dan melebihi tempoh dibenarkan.

Kumpulan pekerja berkenaan melakukan kesalahan mengikut Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/1963, serta Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

Bapa lima anak itu dituduh melakukan kesalahan yang boleh dihukum mengikut Akta 214 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Sharul Azuan Ghazali dan Mohd Afiq Adnan, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Related Posts

Empat blok 20 pintu, sebuah rumah musnah dijilat api

TAWAU – Empat blok rumah kongsi melibatkan 20 pintu dan sebuah rumah kediaman jenis tidak kekal musnah dalam kebakaran berhampiran Taman Gemilang Sin Onn, Jalan Sin Onn, di sini, pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Buruh positif dadah ditahan di tepi Jalan Kubu

MUKAH – Seorang buruh warga tempatan ditahan polis selepas disyaki terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah di tepi Jalan Kubu, di sini pada Isnin. Lelaki berusia 34 tahun itu ditahan oleh…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tahanan Myanmar melalui saringan ketat sebelum dihantar pulang – KDN

Tahanan Myanmar melalui saringan ketat sebelum dihantar pulang – KDN

Empat blok 20 pintu, sebuah rumah musnah dijilat api

  • By Fatin
  • October 6, 2026
Empat blok 20 pintu, sebuah rumah musnah dijilat api

Buruh positif dadah ditahan di tepi Jalan Kubu

Buruh positif dadah ditahan di tepi Jalan Kubu

Baru seminggu jadi ejen judi dalam talian, wanita ditahan di Kabong

Baru seminggu jadi ejen judi dalam talian, wanita ditahan di Kabong

Kadar dadah SG4 jauh melebihi nasional, kerajaan negeri perlu bentang hasil pencegahan

Kadar dadah SG4 jauh melebihi nasional, kerajaan negeri perlu bentang hasil pencegahan

Olise bantu Perancis kalahkan Belgium 4-1

Olise bantu Perancis kalahkan Belgium 4-1