Eksport minyak sawit meningkat sepanjang September

PUTRAJAYA – Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) melaporkan eksport minyak sawit pada September 2024 menyaksikan sedikit peningkatan iaitu 0.93 peratus kepada 1.54 juta tan daripada 1.53 juta tan pada Ogos.

MPOB berkata, pengeluaran minyak sawit mentah (MSM) Malaysia turun 3.8 peratus atau 71,926 tan kepada 1.82 juta tan pada September 2024 daripada 1.89 juta tan pada Ogos.

Pengeluaran isirung sawit susut sebanyak 4.87 peratus bulan ke bulan kepada 433,785 tan metrik pada September daripada 455,976 tan metrik sebelum ini, kata MPOB dalam laporannya mengenai prestasi industri minyak sawit untuk September 2024.

Menurut badan itu lagi, pengeluaran minyak isirung sawit mentah pula susut sebanyak 6.45 peratus kepada 193,836 tan daripada 207,194 tan pada Ogos manakala dedak isirung sawit berkurang sebanyak 5.34 peratus kepada 215,166 tan daripada 227,302 tan sebelumnya.

Dari segi inventori, agensi itu melaporkan stok simpanan MSM meningkat 10.91 peratus kepada 1.06 juta tan berbanding 953,145 tan metrik pada Ogos.

“Stok minyak sawit diproses bertambah 2.85 peratus kepada 956,726 tan metrik daripada 930,069 tan pada bulan sebelumnya manakala jumlah stok minyak sawit menokok 6.93 peratus kepada 2.01 juta tan daripada 1.88 juta tan pada Ogos.

“MPOB mencatatkan lonjakan ketara dalam eksport minyak isirung sawit yang melonjak 45.06 peratus kepada 126,446 tan pada September dari Ogos,” katanya.

Jelas MPOB, eksport dedak isirung sawit berkembang 33.99 peratus kepada 232,944 tan pada September dari Ogos.

Bagaimanapun, katanya, eksport oleokimia merosot sebanyak 5.72 peratus kepada 257,825 tan metrik daripada 273,395 tan metrik pada Ogos dan eksport biodiesel merosot secara mendadak sebanyak 43.95 peratus kepada 16,793 tan metrik daripada 29,963 tan metrik pada Ogos.

Menurut MPOB, import MSM kekal pada sifar manakala import minyak isirung sawit merosot 20.68 peratus kepada 10,887 tan metrik dari Ogos.

Related Posts

Belanjawan 2027: Peruntukan, elaun petugas FDS perlu diperkasa – Presiden MMA

PUTRAJAYA – Keperluan peruntukan bagi Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) untuk ditingkatkan dalam memastikan pembiayaan yang mencukupi bagi penyelenggaraan serta kemampanan perkhidmatan itu termasuk keperluan peralatan, sokongan pesawat dan operasi. Presiden…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Belanjawan 2027 pemangkin ekonomi bernilai tinggi

PUTRAJAYA –  Belanjawan 2027 perlu dimanfaatkan sebagai pemangkin transformasi ekonomi negara menerusi pengukuhan kedudukan fiskal, reformasi hasil yang lebih cekap serta penarikan pelaburan berkualiti tinggi bagi mempercepatkan peralihan Malaysia ke…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

12 daripada 16 perkara MA63 diselesaikan era Kerajaan MADANI

  • By Ezmie
  • October 5, 2026
12 daripada 16 perkara MA63 diselesaikan era Kerajaan MADANI

Pengamal media perlu jadi mata dan telinga rakyat, jangan gadai etika demi kejar tontonan

Pengamal media perlu jadi mata dan telinga rakyat, jangan gadai etika demi kejar tontonan

BN sangat terbuka bekerjasama dengan PH di Melaka – Zahid

BN sangat terbuka bekerjasama dengan PH di Melaka – Zahid

Kerajaan ambil tanggungjawab, patuhi undang-undang isu pengurusan pelarian

  • By Aden
  • October 5, 2026
Kerajaan ambil tanggungjawab, patuhi undang-undang isu pengurusan pelarian

Jalan Kampung Jaya Baru-Pasar Tamu Mingguan Kunak siap diturap

  • By Fatin
  • October 5, 2026
Jalan Kampung Jaya Baru-Pasar Tamu Mingguan Kunak siap diturap

Sabah perlu peruntukan lebih besar dalam Belanjawan Negara

  • By Fatin
  • October 5, 2026
Sabah perlu peruntukan lebih besar dalam Belanjawan Negara