FlySiswa naik hingga RM500, Program Dapur Siswa MADANI diperluaskan

KUALA LUMPUR – Bantuan tiket penerbangan FlySiswa MADANI 2027 ditingkatkan kepada RM500, ketimbang RM400 yang memanfaat lebih 60,000 penuntut Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA). 

Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Program Dapur Siswa MADANI pula akan diperluas ke politeknik dan institut pendidikan guru dengan peruntukan RM20 juta.

“Setiap mahasiswa mesti dijamin dengan penyediaan makanan. Maka, ikhtiar ini akan menyediakan peralatan memasak, sumbangan bahan makanan serta Menu Kasih Siswa hanya RM5.

“Potongan cukai akan diberikan kepada pihak yang menyumbang makanan dan peralatan bagi tujuan ini mulai 1 Januari 2027 hingga 31 Disember 2030,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat, pada Jumaat.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, bagi menangani isu penginapan mahasiswa, kerajaan bekerjasama dengan Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC)  untuk mempercepat pelaksanaan projek. 

“Fasa 1 Residensi Mahasiswa Universiti Malaya (UM) dijadual siap pada 2031 yang akan memanfaatkan 10,000 mahasiswa UM. 

“Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) akan melabur RM750 juta bagi projek vista kampus iaitu pembinaan kediaman siswa di enam universiti terpilih, termasuk UniSZA dan UiTM,” katanya.

Related Posts

Tabung Kasih @ HAWANA salur RM2.54 juta kepada 864 pengamal media, 37 dari Sabah

KOTA KINABALU – Tabung Kasih @ HAWANA telah menyalurkan bantuan berjumlah RM2.54 juta kepada 864 pengamal media dan veteran wartawan di seluruh negara sejak diwujudkan pada 2023, termasuk 37 penerima…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pempengaruh perlu teliti garis panduan Content Forum – Nie Ching

KOTA KINABALU – Pempengaruh dan pencipta kandungan media sosial disaran meneliti draf garis panduan yang dibangunkan Forum Kandungan Komunikasi dan Multimedia (Content Forum) bagi memahami amalan serta tanggungjawab dalam menghasilkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tabung Kasih @ HAWANA salur RM2.54 juta kepada 864 pengamal media, 37 dari Sabah

  • By Ithma
  • October 11, 2026
Tabung Kasih @ HAWANA salur RM2.54 juta kepada 864 pengamal media, 37 dari Sabah

Pempengaruh perlu teliti garis panduan Content Forum – Nie Ching

  • By Ithma
  • October 11, 2026
Pempengaruh perlu teliti garis panduan Content Forum – Nie Ching

Peka kesihatan payudara, jalani pemeriksaan awal – Rina

  • By Fatin
  • October 11, 2026
Peka kesihatan payudara, jalani pemeriksaan awal – Rina

Keselamatan kanak-kanak tanggungjawab bersama, bukan sekolah semata-mata

Keselamatan kanak-kanak tanggungjawab bersama, bukan sekolah semata-mata

Belanjawan 2027: Kesungguhan Kerajaan MADANI pastikan pembangunan dilaksana

  • By Fatin
  • October 11, 2026
Belanjawan 2027: Kesungguhan Kerajaan MADANI pastikan pembangunan dilaksana

Peruntukan RM47.7 bilion: KKM diharap penuhi keperluan kesihatan Sabah, Sarawak

  • By Fatin
  • October 11, 2026
Peruntukan RM47.7 bilion: KKM diharap penuhi keperluan kesihatan Sabah, Sarawak