
KUALA LUMPUR – Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM445 juta kepada Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) bagi melaksanakan pelbagai projek pembangunan untuk meningkatkan kesejahteraan masyarakat Orang Asli di negara ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, antara projek yang dirancang termasuk penanaman semula di Pos Poi, Sungai Siput, Perak, serta pembinaan taman bimbingan kanak-kanak (tabika) Orang Asli di Kampung Angkek dan Pos Belatim, Gua Musang, Kelantan.
“Di daerah Kinta, Perak, ada anak Orang Asli kita yang tinggal jauh dari sekolah dan berisiko tercicir kerana sukar berulang-alik setiap hari.
“Justeru, kerajaan bersetuju membina sebuah asrama khas dengan 100 tempat untuk mereka,” katanya.
Beliau berkata demikian pada pembentangan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat hari ini.
Inisiatif tersebut diharap dapat meningkatkan peluang pendidikan anak-anak Orang Asli, mengurangkan risiko keciciran serta memperkukuh pembangunan komuniti berkenaan.


