Peruntukan persekutuan untuk Sabah, Sarawak kekal tertinggi, 12 Perkara MA63 telah dimuktamadkan

KUALA LUMPUR – Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) harus dilihat sebagai sebahagian dari waad nasional, mahupun tanggungjawab nasional yang mesti dijawab secara nasional. 

Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pemberian khas tidak seiring dengan keperluan pembangunan Sabah dan Sarawak namun Kerajaan MADANI telah meningkatkan kadar pemberian khas sebanyak tiga kali, dengan kadar interim terkini berjumlah RM1.5 bilion. 

Menurut beliau, bayaran itu akan dilunaskan sebelum hujung tahun, dan rundingan bersama Sabah dan Sarawak diteruskan untuk memuktamadkan formula tahunan yang adil serta mampan. 

“Sebanyak 12 perkara MA63 telah dimuktamadkan di bawah MADANI, antaranya, wakil tetap Sabah Sarawak dalam LHDN, Pelabuhan Bintulu diserah dan menjadi pelabuhan milik Sarawak. 

“MASWings diserah kepada Sarawak menjadi AirBorneo, sementara Kerajaan Persekutuan masih menyediakan 209 juta ringgit sebagai subsidi yang memanfaat 820 ribu penumpang di Pedalaman. 

“Kuasa kawal selia elektrik diserah kepada Sabah, sementara Kerajaan Persekutuan masih menyediakan RM600 juta bagi menjamin kelangsungan bekalan,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2027, pada Jumaat.

Dalam pada itu, Anwar berkata, peruntukan persekutuan untuk negeri Borneo pada 2027 kekal yang tertinggi,

“Sabah menerima RM18.7 bilion, ketimbang RM17.6 bilion ringgit pada tahun ini, sementara, Sarawak menerima RM16.2 bilion, ketimbang RM15.1 bilion,” katanya.

Related Posts

20,000 peluang kerja Terengganu: Angka besar, ukuran kejayaan masih kabur

DAKWAAN kerajaan negeri Terengganu berjaya menyediakan 20,000 peluang pekerjaan dalam satu penggal membawa mesej pencapaian yang besar. Namun, tanpa perincian tentang jenis pekerjaan dan jumlah pekerja yang benar-benar ditempatkan, angka…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kenaikan SARA bukan gula-gula pilihan raya, bukti kerajaan dengar keluhan rakyat

TANGGA BATU – Kenaikan bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) tidak seharusnya disifatkan gula-gula politik menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, namun dilihat sebagai usaha kerajaan mendengar keluhan rakyat berhubung peningkatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

UNIMAP sedia bekal tenaga mahir TVET bagi pembangunan Lembah Chuping

UNIMAP sedia bekal tenaga mahir TVET bagi pembangunan Lembah Chuping

Hari Sukan Negara platform pupuk perpaduan, gaya hidup sihat

  • By Fandi
  • October 10, 2026
Hari Sukan Negara platform pupuk perpaduan, gaya hidup sihat

CSP, LPPKN jalin kerjasama sempena Bulan Kesedaran Kanser Payudara

CSP, LPPKN jalin kerjasama sempena Bulan Kesedaran Kanser Payudara

Kurangkan stigma, beri sokongan pada individu alami masalah kesihatan mental – Suryady

  • By Fatin
  • October 10, 2026
Kurangkan stigma, beri sokongan pada individu alami masalah kesihatan mental – Suryady

20,000 peluang kerja Terengganu: Angka besar, ukuran kejayaan masih kabur

20,000 peluang kerja Terengganu: Angka besar, ukuran kejayaan masih kabur

Sabah peruntuk RM90 juta bagi bantuan sekolah Cina, badan keagamaan bukan Islam

  • By Fandi
  • October 10, 2026
Sabah peruntuk RM90 juta bagi bantuan sekolah Cina, badan keagamaan bukan Islam