‎Kerajaan teliti kesan platform e-dagang terhadap peniaga fizikal, syarikat kurier tempatan

KOTA KINABALU – Kerajaan akan mengadakan pertemuan dengan pengendali platform e-dagang dan peniaga tempatan bagi menangani ketidakseimbangan persaingan yang semakin memberi tekanan kepada perniagaan fizikal, khususnya akibat penjualan produk pada harga terlalu rendah.
‎
‎Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, perkara itu mendapat perhatian Jemaah Menteri sejak bulan lalu selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, membangkitkan kebimbangan peniaga yang berdepan risiko perniagaan terjejas akibat perkembangan pesat platform e-dagang.
‎
‎”Perdana Menteri telah menyampaikan pandangan yang diutarakan oleh peniaga kedai fizikal yang merayu supaya kerajaan mengusahakan sesuatu agar perniagaan mereka tidak ranap akibat perkembangan pesat platform e-dagang.
‎
‎”Kita tidak menghalang peniaga dan usahawan daripada memanfaatkan platform e-dagang, tetapi kita berwaspada sekiranya ada kesan negatif terutama kepada ekosistem tempatan, sama ada sektor jualan, peruncitan ataupun pos dan kurier,” ujarnya kepada media selepas merasmikan Pusat Maklumat Nasional (NADI) Inanam Sentral, pada Khamis.
‎
‎Menurut Fahmi, Kementerian Komunikasi dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) turut memandang serius tekanan yang dihadapi syarikat kurier tempatan susulan amalan sesetengah platform e-dagang yang hanya menggunakan satu penyedia perkhidmatan penghantaran.
‎
‎”Keadaan ini mewujudkan ketidakseimbangan dalam sektor berkenaan, sekali gus menjejaskan daya saing syarikat kurier tempatan.
‎
‎”Sehubungan itu, saya telah mengarahkan MCMC memanggil semua pengendali platform e-dagang bagi membincangkan isu berkenaan, dengan langkah awal telah dilaksanakan semalam.
‎
‎”Langkah seterusnya, kita akan mengadakan pertemuan antara saya dan Menteri Pelaburan, Perdagangan & Industri (MITI), Datuk Seri Johari Abdul Ghani bersama-sama platform e-dagang serta pemilik kedai dan pengusaha perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang terjejas.
‎
‎”Terutamanya yang membabitkan penjualan produk pada harga terlalu murah atau di bawah harga pasaran sehingga berpotensi mendatangkan kesan yang sangat negatif kepada perniagaan mereka,” katanya.
‎
‎Dalam pada itu, Fahmi turut menegaskan, kerajaan tidak berhasrat menyekat perkembangan ekonomi digital, sebaliknya mahu memastikan pertumbuhan sektor e-dagang tidak menjejaskan kelangsungan perniagaan tempatan.
‎
‎”Usaha menangani isu ini akan diselaraskan menerusi kerjasama pelbagai kementerian dan agensi termasuk MCMC, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), MITI, Kementerian Kewangan serta Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
‎
‎”Kerjasama berkenaan bertujuan meneliti kesan perkembangan platform e-dagang terhadap keseluruhan ekosistem perniagaan tempatan, khususnya sektor peruncitan, PKS serta perkhidmatan pos dan kurier,” kongsinya.
‎
‎Hadir sama pada program ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak), yang juga Ahli Parlimen Sepanggar, Datuk Mustapha Sakmud.

Related Posts

Gaji minimum RM2,000 bantu tingkat kecukupan simpanan persaraan ahli – KWSP

KUALA LUMPUR – Kenaikan gaji minimum kepada RM2,000 sebulan disifatkan sebagai reformasi penting pasaran tenaga kerja yang bukan sahaja meningkatkan kesejahteraan pekerja, malah membantu memperkukuh kecukupan simpanan persaraan ahli Kumpulan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Istilah ‘waad’, ‘lighad’ ketika pembentangan Belanjawan 2027 curi tumpuan

KUALA LUMPUR -Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menarik perhatian rakyat apabila menggunakan beberapa istilah yang jarang didengar termasuk ‘waad’ dan ‘lighad’ ketika membentangkan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat, pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Gaji minimum RM2,000 bantu tingkat kecukupan simpanan persaraan ahli – KWSP

Gaji minimum RM2,000 bantu tingkat kecukupan simpanan persaraan ahli – KWSP

Istilah ‘waad’, ‘lighad’ ketika pembentangan Belanjawan 2027 curi tumpuan

Istilah ‘waad’, ‘lighad’ ketika pembentangan Belanjawan 2027 curi tumpuan

Pan Borneo Sabah Fasa 1B disasar siap akhir 2027

  • By Ezmie
  • October 9, 2026
Pan Borneo Sabah Fasa 1B disasar siap akhir 2027

Konsolidasi fiskal, bantuan bersasar penting perkukuh daya tahan ekonomi

Konsolidasi fiskal, bantuan bersasar penting perkukuh daya tahan ekonomi

Peruntukan RM8 bilion untuk TVET bukti Kerajaan MADANI angkat pembangunan tenaga kerja berkemahiran

Peruntukan RM8 bilion untuk TVET bukti Kerajaan MADANI angkat pembangunan tenaga kerja berkemahiran

RM1.3 bilion naik taraf 682 sekolah daif, JPA taja 4,200 anak kelahiran Sabah dan Sarawak

  • By Ezmie
  • October 9, 2026
RM1.3 bilion naik taraf 682 sekolah daif, JPA taja 4,200 anak kelahiran Sabah dan Sarawak