Lelaki dikhuatiri lemas, hilang di laut

KUDAT – Seorang lelaki warga Filipina dikhuatiri lemas selepas dilaporkan hilang di laut Pulau Balambangan di sini, pada Khamis.

Menurut Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) daerah Kudat, Saidi Tabin, kejadian tersebut berlaku semasa mangsa menjalankan aktiviti menangkap ikan di laut.

“Pihak bomba menerima panggilan kecemasan (MERS) pada pukul 8.05 pagi dan tiba di lokasi dalam jarak lima kilometer selepas 10 minit perjalanan.

“Kejadian melibatkan seorang mangsa berusia 23 tahun yang dikhuatiri lemas apabila disedari hilang oleh pengadu sejak Selasa sebelum membuat laporan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Enam anggota bomba kemudian bergerak ke Ibu Pejabat Polis (IPD) Daerah Kudat untuk mendapatkan maklumat dan seterusnya ke lokasi kejadian bersama anggota Agensi Penyelamat Maritim Malaysia (APMM) dan pihak polis menaiki bot marin bagi menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR),” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Khamis.

Tambahnya, mangsa masih belum dijumpai dan maklumat kejadian akan dikemas kini dari semasa ke semasa.

Related Posts

Pembubaran DUN Sarawak mungkin selepas Sidang Belanjawan Negeri – Abdul Karim

KUCHING – Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak berkemungkinan dibubarkan selepas selesai persidangan belanjawan negeri bulan ini, namun keputusan mengenainya kekal menjadi hak prerogatif Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg. Ketua…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Dua pasar tumpuan awam di Sibu kini dilengkapi kemudahan AED

SIBU – Dua lokasi tumpuan awam kini dilengkapi dengan peranti pengejut jantung luaran automatik (AED), masing-masing ditempatkan di Pasar Sementara Jalan Tiong Hua dan Pasar Sentral Sibu bagi meningkatkan kesiapsiagaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pembubaran DUN Sarawak mungkin selepas Sidang Belanjawan Negeri – Abdul Karim

Pembubaran DUN Sarawak mungkin selepas Sidang Belanjawan Negeri – Abdul Karim

Dua pasar tumpuan awam di Sibu kini dilengkapi kemudahan AED

Dua pasar tumpuan awam di Sibu kini dilengkapi kemudahan AED

687,697 pengundi layak mengundi untuk PRN Melaka

687,697 pengundi layak mengundi untuk PRN Melaka

Imej negatif Ahmad Zahid buka kelompangan UMNO tumbang pilihan raya

Imej negatif Ahmad Zahid buka kelompangan UMNO tumbang pilihan raya

Ruang bandar sedia ada mampu hidupkan komuniti – Adam Yii

Ruang bandar sedia ada mampu hidupkan komuniti – Adam Yii

MyGOV Malaysia: Pusat rujukan sehenti perkhidmatan kerajaan digital

  • By Siti
  • October 7, 2026
MyGOV Malaysia: Pusat rujukan sehenti perkhidmatan kerajaan digital