Anwar, Min Aung Hlaing bincang isu serantau, dua hala

PUTRAJAYA – Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan empat mata dengan Presiden Myanmar Min Aung Hlaing di Kompleks Perdana Putra di sini hari ini.

Perdana Menteri menyambut ketibaan Min Aung Hlaing di bangunan berkenaan pada 9 pagi, disusuli upacara sambutan rasmi.

Min Aung Hlaing dalam rangka lawatan rasmi dua hari ke Malaysia sejak semalam (Rabu), dengan isu penghantaran pulang warga Myanmar di Malaysia antara perkara utama yang dijangka dibincangkan bersama Perdana Menteri Malaysia.

Selepas pertemuan empat mata itu, kedua-dua pemimpin mengetuai delegasi masing-masing dalam mesyuarat dua hala.

Antara menteri Kabinet yang hadir ialah Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan, Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Datuk Seri Johari Abdul Ghani yang bertindak sebagai menteri pengiring.

Semalam, Wisma Putra memaklumkan lawatan itu juga memberi peluang kepada Perdana Menteri untuk meneruskan libat urus secara langsung dengan Myanmar, selaras dengan keputusan Sidang Kemuncak ASEAN ke-48 pada Mei 2026 untuk meneruskan pendekatan konstruktif dan berprinsip dengan negara itu.

Menurut Wisma Putra, Myanmar adalah sebahagian penting daripada ASEAN dan sebagai negara anggota ASEAN, Malaysia akan terus menyokong usaha blok serantau itu ke arah keamanan dan perdamaian serta memastikan akses kepada bantuan kemanusiaan di Myanmar.

Malaysia juga akan bekerjasama rapat dengan semua negara anggota ASEAN bagi memastikan kestabilan dan kemakmuran di rantau ini.

Related Posts

RM5.2 bilion transaksi SARA direkodkan hingga 20 September – MoF

KUALA LUMPUR – Nilai transaksi Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bulanan di bawah Sumbangan Tunai Rahmah (STR) mencecah RM5.2 bilion dengan hampir 8.4 juta penerima menggunakan MyKad untuk membeli keperluan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
10 bekas Exco saman kerajaan negeri tak pernah berlaku dalam sejarah Malaysia

SEREMBAN – Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun menyifatkan tindakan 10 bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) memfailkan saman terhadap kerajaan negeri sebagai perkara yang belum…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM5.2 bilion transaksi SARA direkodkan hingga 20 September – MoF

RM5.2 bilion transaksi SARA direkodkan hingga 20 September – MoF

279 warga UNIMAS, agensi sertai program kesejahteraan dan prapersaraan

279 warga UNIMAS, agensi sertai program kesejahteraan dan prapersaraan

Anwar, Min Aung Hlaing bincang isu serantau, dua hala

Anwar, Min Aung Hlaing bincang isu serantau, dua hala

10 bekas Exco saman kerajaan negeri tak pernah berlaku dalam sejarah Malaysia

10 bekas Exco saman kerajaan negeri tak pernah berlaku dalam sejarah Malaysia

Polis nafi anggota ditikam di Hutan Simpan Tasik Bera

Polis nafi anggota ditikam di Hutan Simpan Tasik Bera

Jeti darat ikan jadi ‘topeng’ seludup diesel, RM2.82 juta dirampas

Jeti darat ikan jadi ‘topeng’ seludup diesel, RM2.82 juta dirampas