Lelaki 21 tahun ditahan disyaki terlibat kes khianat dengan api

SARATOK – Seorang lelaki berusia 21 tahun ditahan polis di Saratok pada Isnin selepas disyaki terlibat dalam kes khianat dengan api di sebuah kedai serbaneka dekat Green Road, Kuching.

Ketua Polis Daerah Saratok, DSP Mathew Manggie berkata, tangkapan dibuat kira-kira jam 4 petang pada 5 Oktober oleh sepasukan polis dari D7 Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak bersama anggota Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Saratok.

“Suspek yang berasal dari Sarikei dan bekerja sebagai pembantu kedai di sebuah gerai makan di Saratok disyaki terlibat dalam kes khianat dengan api yang dilaporkan di sebuah kedai serbaneka di Jalan Green Road, Kuching.

“Dalam tangkapan itu, polis turut merampas dua unit telefon” katanya dalam kenyataan.

Menurut beliau, suspek yang telah berkahwin itu turut mempunyai dua rekod lampau termasuk satu kes mengikut Seksyen 4A(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 yang telah dihukum serta satu kes mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa kepada tangkapan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan dan hasil siasatan awal mendapati suspek disyaki mempunyai kaitan dengan kes khianat dengan api di Green Road, Kuching.

“Dengan tangkapan dan tindakan yang dijalankan, kes ini telah diselesaikan dan suspek kini ditahan bagi membantu siasatan lanjut,” katanya.

  • Related Posts

    Lelaki cedera ditumbuk ketika operasi penguatkuasaan di Lubuk Tambangan

    BERA – Seorang lelaki cedera dipercayai ditumbuk individu tidak dikenali ketika operasi penguatkuasaan di kawasan Hutan Simpan Kekal Ramsar, dekat Tasik Bera, semalam. Kejadian kira-kira jam 1.20 tengah hari di…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca
    Ahmad Murad dilantik penyelaras DUN Tahan

    KUANTAN – Bekas jurutera rangkaian telekomunikasi 5G bagi Wilayah Timur, Ahmad Murad Mat Hasim @ Idris dilantik sebagai penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Tahan, hari ini. Selain mempunyai pengalaman dalam…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca

    Perlu dibaca

    Lelaki cedera ditumbuk ketika operasi penguatkuasaan di Lubuk Tambangan

    Lelaki cedera ditumbuk ketika operasi penguatkuasaan di Lubuk Tambangan

    PRN Melaka 14 November, penamaan calon 31 Oktober

    PRN Melaka 14 November, penamaan calon 31 Oktober

    Kerajaan kekal dengan SST, hanya serap elemen baik GST

    Kerajaan kekal dengan SST, hanya serap elemen baik GST

    Ahmad Murad dilantik penyelaras DUN Tahan

    Ahmad Murad dilantik penyelaras DUN Tahan

    UNIMAS raih dua anugerah pada Digital Economy Awards 2026

    UNIMAS raih dua anugerah pada Digital Economy Awards 2026

    Lelaki 21 tahun ditahan disyaki terlibat kes khianat dengan api

    Lelaki 21 tahun ditahan disyaki terlibat kes khianat dengan api