Penuntut wanita maut dipercayai dibunuh teman lelaki

KUANTAN – Seorang penuntut wanita sebuah institusi kemahiran maut dipercayai dibunuh teman lelakinya di sebuah rumah di Jalan Air Putih di Kuantan, Pahang pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Ashari Abu Samah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan MERS 999 mengenai kejadian itu daripada teman lelaki mangsa pada 4.32 pagi.

Beliau berkata, mangsa yang berusia 19 tahun ditemukan terbaring di katil dalam sebuah bilik sewa di tingkat bawah rumah itu.

“Pemeriksaan awal oleh pakar forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan mendapati terdapat kesan tekanan pada bahagian leher mangsa,” katanya seperti dilapor Bernama.

Ashari berkata, seorang lelaki berusia 19 tahun ditahan di lokasi kejadian dan siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berpunca daripada perselisihan faham antara suspek dan mangsa.

Polis memperoleh perintah tahanan reman terhadap suspek hingga 12 Oktober dari Mahkamah Majistret di sini untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Ashari berkata bedah siasat dijadualkan hari ini di Jabatan Forensik HTAA dan polis sedang menjalankan siasatan menyeluruh termasuk merakam percakapan saksi.

Beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat spekulasi atau menyebarkan maklumat belum disahkan kerana dikhuatiri menjejaskan siasatan.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian agar tampil menyalurkannya kepada polis bagi membantu siasatan.

Related Posts

Penjawat awam direman, disyaki salah guna kuasa babit 15 projek RM2 juta

KOTA KINABALU – Seorang penjawat awam direman tujuh hari selepas disyaki menyalahgunakan kedudukannya dengan mengesahkan Sijil Pengesahan Siap bagi 15 projek kerajaan bernilai kira-kira RM2 juta yang dilaksanakan sebuah syarikat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
14 botol air ketum dirampas, seorang lelaki ditahan

RANAU – Polis menahan seorang lelaki tempatan dan merampas 14 botol air ketum serta serbuk ketum dalam serbuan di sebuah perkampungan di daerah ini, malam Ahad. Ketua Polis Daerah Ranau,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Penjawat awam direman, disyaki salah guna kuasa babit 15 projek RM2 juta

  • By Ezmie
  • October 6, 2026
Penjawat awam direman, disyaki salah guna kuasa babit 15 projek RM2 juta

14 botol air ketum dirampas, seorang lelaki ditahan

  • By Fandi
  • October 6, 2026
14 botol air ketum dirampas, seorang lelaki ditahan

Pegawai kanan agensi kerajaan antara direman kes rasuah RM155,000

Pegawai kanan agensi kerajaan antara direman kes rasuah RM155,000

OSTEX East 2/26 perkukuh kebolehoperasian TLDM-TUDM di perairan Sabah

  • By Fandi
  • October 6, 2026
OSTEX East 2/26 perkukuh kebolehoperasian TLDM-TUDM di perairan Sabah

Integriti berasaskan keberhasilan bina pentadbiran kalis rasuah – Hajiji

Integriti berasaskan keberhasilan bina pentadbiran kalis rasuah – Hajiji

10 orang maut akibat renjatan elektrik di Sabah tahun ini

10 orang maut akibat renjatan elektrik di Sabah tahun ini