Belanjawan 2027: Peruntukan, elaun petugas FDS perlu diperkasa – Presiden MMA

PUTRAJAYA – Keperluan peruntukan bagi Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) untuk ditingkatkan dalam memastikan pembiayaan yang mencukupi bagi penyelenggaraan serta kemampanan perkhidmatan itu termasuk keperluan peralatan, sokongan pesawat dan operasi.

Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), Dr L Sivanaesan berkata, kerajaan juga perlu mengkaji semula kadar elaun petugas FDS dan menaikkannya ke tahap yang lebih wajar serta setimpal dengan tugas dan tanggungjawab golongan terbabit.

Menurut beliau, keperluan untuk perkara itu diberi perhatian memandangkan kadar elaun tersebut tidak pernah disemak sejak tahun 1978 dan sudah tiba masanya ia diberi perhatian sewajarnya.

“Belanjawan 2027 juga perlu memberi pelaburan yang lebih signifikan kepada penjagaan primer dan usaha pencegahan penyakit tidak berjangkit (NCD). Pengesanan serta pengurusan awal diabetes, hipertensi dan NCD lain dapat mencegah komplikasi yang memerlukan kos rawatan yang tinggi, di samping mengurangkan tekanan terhadap hospital.

“Kita perlu memberi lebih tumpuan kepada pelaburan dalam langkah pencegahan untuk memastikan rakyat kekal sihat daripada terus menanggung kos yang lebih tinggi untuk merawat penyakit yang sebenarnya boleh dicegah,” katanya menerusi kenyataan kepada The Malaysia Press (TMP), pada Isnin.

Dalam pada itu, Sivanaesan berkata, MMA mencadangkan penubuhan Bahagian Pembangunan Penjagaan Kesihatan Swasta di bawah KKM bagi membangunkan dan menyelaras sektor itu sebagai pelengkap kepada peranan kawal selia Cawangan Kawalan Amalan Perubatan Swasta (CKAPS).

“Keutamaan awal bahagian ini perlu diberikan kepada penjagaan kesihatan primer swasta dengan lebih 11,000 klinik GP boleh dioptimumkan untuk menyokong program-program kesihatan negara,” katanya.

Selain itu, MMA mencadangkan peruntukan sebanyak RM10 juta untuk mendigitalkan proses pendaftaran dan pelesenan CKAPS melalui pewujudan satu platform dalam talian bersepadu.

“MMA memahami kekangan fiskal yang dihadapi kerajaan, namun, usaha mengekalkan tenaga kerja tidak boleh terus dianggap sebagai aspirasi jangka panjang sedangkan kekurangan tenaga kerja sudah pun memberi kesan kepada sistem.

“Malaysia sudah membuat pelaburan yang besar dalam melatih profesional kesihatannya dan keutamaan sekarang adalah untuk memastikan mereka terus kekal dalam sistem,” katanya.

Related Posts

Belanjawan 2027 pemangkin ekonomi bernilai tinggi

PUTRAJAYA –  Belanjawan 2027 perlu dimanfaatkan sebagai pemangkin transformasi ekonomi negara menerusi pengukuhan kedudukan fiskal, reformasi hasil yang lebih cekap serta penarikan pelaburan berkualiti tinggi bagi mempercepatkan peralihan Malaysia ke…

Lebih lanjut

teruskan membaca
‎PJRM rekod hampir 31.85 juta transaksi setakat 23 September ‎

PAPAR – Program Jualan RAHMAH MADANI (PJRM) merekodkan 31,849,641 transaksi bagi tempoh 1 Januari hingga 23 September lalu, selepas jumlah transaksi program itu menunjukkan peningkatan ketara sejak diperkenalkan pada 2023.‎Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tiada PRK Petaling Jaya susulan kekosongan kerusi Parlimen – SPR

Tiada PRK Petaling Jaya susulan kekosongan kerusi Parlimen – SPR

Kompaun parkir tertunggak boleh dipertimbang untuk bayaran ansuran

Kompaun parkir tertunggak boleh dipertimbang untuk bayaran ansuran

Belanjawan 2027: Fokus infrastruktur Sabah, kekal dan tambah STR

  • By Fatin
  • October 5, 2026
Belanjawan 2027: Fokus infrastruktur Sabah, kekal dan tambah STR

Trauma tumpul pada kepala punca Irene Sofiya meninggal dunia

Trauma tumpul pada kepala punca Irene Sofiya meninggal dunia

Pelancong warga emas maut selepas snorkeling

  • By Fatin
  • October 5, 2026
Pelancong warga emas maut selepas snorkeling

Belanjawan 2027: Peruntukan, elaun petugas FDS perlu diperkasa – Presiden MMA

Belanjawan 2027: Peruntukan, elaun petugas FDS perlu diperkasa – Presiden MMA