Pelancong warga emas maut selepas snorkeling

TAWAU – Seorang pelancong wanita warga China meninggal dunia selepas melakukan aktiviti snorkeling bersama ahli keluarganya di perairan Pulau Pom Pom, Semporna, pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Semporna, Superintendan Tan Hiap Wah berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 12.30 tengah hari itu, mangsa berumur 66 tahun yang berasal dari Yunnan mengadu berasa tidak selesa sebelum meminta dibawa naik ke atas bot.

“Mangsa kemudian didapati tidak sedarkan diri dan diberikan bantuan pernafasan (CPR), namun tidak menunjukkan tindak balas sebelum dibawa ke Hospital Semporna untuk rawatan lanjut.

“Pemeriksaan doktor di wad kecemasan Hospital Semporna mengesahkan mangsa telah meninggal dunia, ” katanya dalam kenyataan media, pada Isnin.

Menurutnya, mangsa dilaporkan mempunyai sejarah penyakit asma sejak kira-kira 10 tahun.

Beliau turut menasihatkan pengusaha pelancongan supaya sentiasa mengutamakan keselamatan pelancong.

“Saksi kejadian juga diseru tampil ke Balai Polis berdekatan atau berhubung dengan ASP Mohammad Ali Amat di talian 013 2120853 untuk membantu siasatan.

Related Posts

Kompaun parkir tertunggak boleh dipertimbang untuk bayaran ansuran

KOTA KINABALU – Pemilik kenderaan yang mempunyai kompaun parkir tertunggak dalam jumlah tinggi boleh memohon bayaran secara ansuran dan mengemukakan rayuan kepada Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK). Datuk Bandaraya Kota…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Belanjawan 2027: Fokus infrastruktur Sabah, kekal dan tambah STR

TAWAU – Belanjawan 2027 diharap dapat memberi tumpuan lebih besar kepada pembangunan dan penambahbaikan infrastruktur di Sabah selain mengekalkan serta menambah baik peruntukan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) termasuk Sumbangan Asas…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tiada PRK Petaling Jaya susulan kekosongan kerusi Parlimen – SPR

Tiada PRK Petaling Jaya susulan kekosongan kerusi Parlimen – SPR

Kompaun parkir tertunggak boleh dipertimbang untuk bayaran ansuran

Kompaun parkir tertunggak boleh dipertimbang untuk bayaran ansuran

Belanjawan 2027: Fokus infrastruktur Sabah, kekal dan tambah STR

  • By Fatin
  • October 5, 2026
Belanjawan 2027: Fokus infrastruktur Sabah, kekal dan tambah STR

Trauma tumpul pada kepala punca Irene Sofiya meninggal dunia

Trauma tumpul pada kepala punca Irene Sofiya meninggal dunia

Pelancong warga emas maut selepas snorkeling

  • By Fatin
  • October 5, 2026
Pelancong warga emas maut selepas snorkeling

Belanjawan 2027: Peruntukan, elaun petugas FDS perlu diperkasa – Presiden MMA

Belanjawan 2027: Peruntukan, elaun petugas FDS perlu diperkasa – Presiden MMA