Penceramah motivasi ditahan semula selepas tamat reman kes terdahulu

KANGAR – Seorang penceramah motivasi bebas ditahan semula polis sejurus tamat tempoh reman bagi kes terdahulu sebelum diperintah menjalani reman dua hari bermula hari ini bagi membantu siasatan satu laporan baharu.

Perintah reman sehingga esok itu dibenarkan Majistret Ana Rozana Mohd Nor di Kompleks Mahkamah Kangar di sini.

Lelaki berkenaan sebelum ini direman bagi membantu siasatan satu kes di bawah Polis Daerah Padang Besar sebelum tempoh tahanannya berakhir semalam.

Bagaimanapun, selepas diberikan jaminan polis, suspek ditahan semula Pasukan Risikan dan Operasi Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) Kangar berhubung satu laporan baharu yang dibuat pada 3 Oktober lalu.

Laporan terbaharu itu dibuat seorang wanita berusia 19 tahun sebelum polis membuka kertas siasatan terhadap suspek.

Suspek yang memakai baju-T hitam tiba di pekarangan Kompleks Mahkamah Kangar kira-kira pukul 8.26 pagi sebelum dibawa keluar dengan menaiki van polis pada pukul 10.11 pagi.

Kes disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.

Sebelum ini, beberapa wanita tampil membuat pendedahan di media sosial mendakwa pernah menerima pendekatan tidak wajar daripada penceramah terbabit.

Antara dakwaan yang tular termasuk lelaki itu dikatakan mendekati mangsa menerusi media sosial atas alasan berkaitan urusan kerja atau pelajaran sebelum perbualan didakwa menjurus kepada perkara tidak senonoh.

Polis masih menjalankan siasatan terhadap laporan yang diterima bagi menentukan sama ada wujud sebarang kesalahan jenayah.

Related Posts

Kompaun parkir tertunggak boleh dipertimbang untuk bayaran ansuran

KOTA KINABALU – Pemilik kenderaan yang mempunyai kompaun parkir tertunggak dalam jumlah tinggi boleh memohon bayaran secara ansuran dan mengemukakan rayuan kepada Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK). Datuk Bandaraya Kota…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Belanjawan 2027: Fokus infrastruktur Sabah, kekal dan tambah STR

TAWAU – Belanjawan 2027 diharap dapat memberi tumpuan lebih besar kepada pembangunan dan penambahbaikan infrastruktur di Sabah selain mengekalkan serta menambah baik peruntukan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) termasuk Sumbangan Asas…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tiada PRK Petaling Jaya susulan kekosongan kerusi Parlimen – SPR

Tiada PRK Petaling Jaya susulan kekosongan kerusi Parlimen – SPR

Kompaun parkir tertunggak boleh dipertimbang untuk bayaran ansuran

Kompaun parkir tertunggak boleh dipertimbang untuk bayaran ansuran

Belanjawan 2027: Fokus infrastruktur Sabah, kekal dan tambah STR

  • By Fatin
  • October 5, 2026
Belanjawan 2027: Fokus infrastruktur Sabah, kekal dan tambah STR

Trauma tumpul pada kepala punca Irene Sofiya meninggal dunia

Trauma tumpul pada kepala punca Irene Sofiya meninggal dunia

Pelancong warga emas maut selepas snorkeling

  • By Fatin
  • October 5, 2026
Pelancong warga emas maut selepas snorkeling

Belanjawan 2027: Peruntukan, elaun petugas FDS perlu diperkasa – Presiden MMA

Belanjawan 2027: Peruntukan, elaun petugas FDS perlu diperkasa – Presiden MMA