Sarawak perlukan lebih ramai wanita berani memimpin – Fatimah

SANTUBONG – Sarawak memerlukan lebih ramai wanita yang berani tampil memimpin, membuat keputusan sukar serta bertanggungjawab terhadap impaknya kepada masyarakat.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Datuk Seri Fatimah Abdullah berkata, landskap kepimpinan masa kini semakin mencabar berikutan ledakan kecerdasan buatan (AI), teknologi digital, perubahan iklim, peralihan demografi serta ketidaktentuan ekonomi dan politik global.

“Justeru, kita memerlukan pemimpin yang bukan sahaja mampu membawa perubahan, tetapi tahu menentukan perubahan yang signifikan, berani membuat keputusan sukar dan bertanggungjawab terhadap kesannya.

“Sarawak bukan sekadar memerlukan lambakan wanita di kerusi kepimpinan. Apa yang Sarawak perlukan adalah wanita yang benar-benar bersedia untuk memimpin dengan kecekapan, keberanian, kebijaksanaan dan tanggungjawab,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada program Sarawak Women of Tomorrow Bootcamp 2026 di Damai Lagoon Resort, pada Isnin.

Fatimah menjelaskan, usaha memperkasakan wanita tidak harus terhenti pada sekadar menggalakkan mereka menyertai sektor pekerjaan, sebaliknya perlu memastikan golongan itu mendapat peluang dan sokongan sewajarnya untuk berkembang sehingga ke peringkat pembuatan keputusan.

Dalam pada itu, beliau turut menggesa golongan wanita di negeri itu supaya memainkan peranan yang lebih proaktif dalam bidang teknologi dan AI dengan beralih daripada sekadar pengguna, kepada pencipta, penyelidik, usahawan dan penggubal dasar.

“Saya mahu melihat wanita Sarawak bukan sahaja cekap menggunakan teknologi, tetapi turut memacu serta memimpin perubahan teknologi tersebut,” tegasnya.

Tambahnya, nilai kepimpinan juga tidak seharusnya diukur berdasarkan jawatan atau kuasa semata-mata, sebaliknya wajib disulami dengan integriti, kebijaksanaan dan kebertanggungjawaban yang tinggi.

Related Posts

Integriti berasaskan keberhasilan bina pentadbiran kalis rasuah – Hajiji

KOTA KINABALU – Kerajaan Sabah memperkenalkan dan mendokong paradigma baharu menerusi Aspirasi Outcome-Based Integrity (OBI) atau Integriti Berasaskan Keberhasilan sebagai formula membina ekosistem pentadbiran yang berdaya tahan dan kalis rasuah.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
10 orang maut akibat renjatan elektrik di Sabah tahun ini

KOTA KINABALU – Kira-kira 10 orang maut akibat renjatan elektrik di Sabah setakat tahun ini, termasuk seorang kontraktor dan tiga penjawat awam. Ketua Pegawai Eksekutif Sabah Electricity, Datuk Ir. Mohd…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Integriti berasaskan keberhasilan bina pentadbiran kalis rasuah – Hajiji

Integriti berasaskan keberhasilan bina pentadbiran kalis rasuah – Hajiji

10 orang maut akibat renjatan elektrik di Sabah tahun ini

10 orang maut akibat renjatan elektrik di Sabah tahun ini

Penuntut wanita maut dipercayai dibunuh teman lelaki

Penuntut wanita maut dipercayai dibunuh teman lelaki

Tiga warga UNIMAS cipta sejarah di pentas nasional dan antarabangsa

Tiga warga UNIMAS cipta sejarah di pentas nasional dan antarabangsa

Projek jalan, parkir RM300,000 SMK Three Rivers siap sepenuhnya

Projek jalan, parkir RM300,000 SMK Three Rivers siap sepenuhnya

Sahsiah anak bermula di rumah, ibu bapa tidak boleh lepas tangan

Sahsiah anak bermula di rumah, ibu bapa tidak boleh lepas tangan