
KUALA LUMPUR – Lapan kawasan mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat jam 9 pagi, hari ini.
Menurut portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS), daripada lapan lokasi itu, empat kawasan di Johor mencatatkan bacaan IPU tidak sihat iaitu di Larkin dan Pasir Gudang yang mencatat IPU sama iaitu 154 diikuti Batu Pahat (153).
Empat kawasan lain ialah Johan Setia, Selangor, (153); Cheras, Kuala Lumpur (152); Putrajaya (151) dan Nilai, Negeri Sembilan (129) turut mencatatkan bacaan tidak sihat.
Selain itu, sebanyak 59 kawasan merekodkan bacaan IPU sederhana antaranya Batu Muda (99), Bukit Rambai (97),Shah Alam (95), Seremban ( 93) dan Kluang, 93.
Di Sarawak, IPD di semua kawasan menunjukkan bacaan IPU sederhana di bawah 100.






