Perpaduan warga Mukah contoh terbaik keharmonian Sarawak – Abdul Yakub

MUKAH – Kehadiran luar biasa seramai 110,772 pengunjung sepanjang tiga hari Penganjuran Program Sarawakku Sayang (SKS) 2026 Bahagian Mukah membuktikan semangat perpaduan dan keharmonian kaum di bahagian ini berada pada tahap paling utuh.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balingian, Abdul Yakub Arbi berkata, lautan manusia yang membanjiri Dataran Pehin Setia Raja sejak Jumaat lalu bukan sahaja menjayakan program berkenaan, malah bertindak sebagai contoh perpaduan terbaik bagi seluruh wilayah Sarawak.

Jumlah kehadiran merekodkan peningkatan konsisten sepanjang tiga hari program, bermula dengan 22,412 pengunjung pada hari pertama, diikuti 41,641 orang pada hari kedua dan mencecah kemuncak 46,719 pengunjung pada hari terakhir.

“Sepanjang tiga hari program ini berlangsung, kita menyaksikan semangat kebersamaan masyarakat yang amat luar biasa tanpa mengira latar belakang.

“Melalui komponen perkhidmatan bawah tema ‘Jaga Sarawak, Intu Sarawak’, pendekatan turun padang ini berjaya meruntuhkan tembok birokrasi dan mendekatkan perkhidmatan terus kepada rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penangguhan rasmi SKS 2026 Bahagian Mukah di Dataran Pehin Setia Raja, di sini pada Ahad.

Mengulas lanjut, Abdul Yakub menegaskan komitmen Kerajaan Sarawak dalam memajukan luar bandar terus dibuktikan menerusi penguatkuasaan Skim Pendidikan Tinggi Percuma (FTES) bermula tahun 2026 dengan peruntukan awal RM250 juta bagi manfaat 10,000 pelajar anak Sarawak.

“Anak-anak jati dari Mukah, Dalat, Matu, Daro hingga ke Tanjung Manis kini berpeluang melanjutkan pengajian ijazah sarjana muda dengan yuran pengajian sifar di empat universiti milik penuh negeri,” jelas beliau.

Selain pemerkasaan modal insan dan ekonomi komuniti menerusi 50 gerai usahawan ‘Mukah Kitchen’, majlis penutup turut disusuli dengan penyampaian hadiah e-Peraduan merangkumi sebuah kereta Proton Saga, tiga unit motosikal serta gajet bernilai tinggi.

Turut hadir pada majlis penangguhan berkenaan ialah ADUN Tellian, Royston Valentine; Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Operasi), Datu Hii Chang Kee; serta Residen Bahagian Mukah, Bujang Rahman Seli.

Related Posts

DKU cabar kemuka bukti penyiasatan Tuanku Muhriz sebelum Proklamasi 19 April

SEREMBAN – Dewan Keadilan dan Undang (DKU) Negeri Sembilan mencabar pihak yang mendakwa Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, sudah melalui penyiasatan yang secukupnya dan sepenuhnya sebelum…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Salah guna syarat lesen, 10 individu dan VNT ditahan

LUMUT – Sebuah Vesel Nelayan Tempatan (VNT) Kelas A bersama 10 individu ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Perak selepas disyaki menyalahgunakan syarat lesen vesel untuk menjalankan aktiviti…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

DKU cabar kemuka bukti penyiasatan Tuanku Muhriz sebelum Proklamasi 19 April

DKU cabar kemuka bukti penyiasatan Tuanku Muhriz sebelum Proklamasi 19 April

Perpaduan warga Mukah contoh terbaik keharmonian Sarawak – Abdul Yakub

Perpaduan warga Mukah contoh terbaik keharmonian Sarawak – Abdul Yakub

Salah guna syarat lesen, 10 individu dan VNT ditahan

Salah guna syarat lesen, 10 individu dan VNT ditahan

Bayi antara empat maut, kemalangan lori dengan dua kereta

Bayi antara empat maut, kemalangan lori dengan dua kereta

Litar Rasa MADANI semarak F1, peniaga tempatan raih manfaat ekonomi – PM

Litar Rasa MADANI semarak F1, peniaga tempatan raih manfaat ekonomi – PM

Verstappen raih podium di Sepang, ulang kejayaan 2017

Verstappen raih podium di Sepang, ulang kejayaan 2017