PMK bantu lebih ramai rakyat dapat informasi dan bantuan

SHAH ALAM – Program MADANI Komuniti (PMK) sangat bermakna kerana banyak program kerajaan persekutuan disampaikan secara terus kepada rakyat. 

Ahli Parlimen Shah Alam, Azli Yusof berkata, semua bantuan kepada rakyat tidak hanya menerusi hebahan di media sosial malahan turut turun ke lapangan memudahkan maklumat sampai kepada rakyat.

“Antaranya Sumbangan Tunai Rahmah (STR), Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dan Jualan Rahmah MADANI dan semuanya beri kelegaan bagi menampung beban kos sara hidup semua.

“Dan kita bertuah kerana menteri turun, sebab di Selangor cuma ada tiga program dan komuniti Kota Anggerik yang terpilih,” katanya ketika berucap dalam Program MADANI Kita (PMK) Kota Anggerik, dekat sini hari ini.

Azli turut menyatakan, ketika turun ke lapangan, beliau mendapati masih ada sebahagian yang tidak tahu mengenai bantuan STR dan diharapkan dengan program ini, akan lebih ramai boleh dibantu.

“Kita berharap jiran-jiran yang terima STR ini supaya tolong maklumkan kepada rakan-rakan.

“Tak nak lah ada warga Shah Alam yang tertinggal daripada bantuan kerajaan sediakan

“Kami dari pusat khidmat parlimen Shah Alam pun ada di luar sanq untuk daftarkan,” katanya.

Beliau juga percaya PMK boleh mengumpul lebih banyak agensi supaya sentiasa berinteraksi dan membantu rakyat.

Turut hadir, Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil; Exco Belia, Sukan dan Keusahawan Selangor, Najwan Halimi dan Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (JKom), Mohd Hisyamuddin Ghazali.

Related Posts

Belanjawan 2027: Pelepasan cukai taska bantu ibu M40 bekerja

CADANGAN meningkatkan pelepasan cukai bagi yuran taman asuhan (taska) dan taman didikan kanak-kanak (tadika) berdaftar daripada RM10,000 kepada RM15,000 setahun disifatkan wajar bagi membantu ibu dalam kalangan M40 yang bekerja,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Fadhlina arah siasat menyeluruh, jangan sembunyikan apa-apa dalam kes kematian pelajar

BATU PAHAT – Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek mengarahkan semua perkara di bawah tanggungjawab Kementerian Pendidikan (KPM) berkaitan kejadian kematian seorang pelajar di sebuah sekolah di Yong Peng, dekat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Belanjawan 2027: Pelepasan cukai taska bantu ibu M40 bekerja

Belanjawan 2027: Pelepasan cukai taska bantu ibu M40 bekerja

Fadhlina arah siasat menyeluruh, jangan sembunyikan apa-apa dalam kes kematian pelajar

Fadhlina arah siasat menyeluruh, jangan sembunyikan apa-apa dalam kes kematian pelajar

Seni bukan sekadar hobi, belia perlu jadi pewaris identiti Sabah

  • By Ithma
  • October 4, 2026
Seni bukan sekadar hobi, belia perlu jadi pewaris identiti Sabah

Timbalan Ketua Polis Daerah Lahad Datu meninggal dunia

  • By Fatin
  • October 4, 2026
Timbalan Ketua Polis Daerah Lahad Datu meninggal dunia

PM arah siasatan segera, telus kematian pelajar di Yong Peng

PM arah siasatan segera, telus kematian pelajar di Yong Peng

Belanjawan 2027 perlu fokus lonjak pendapatan peneroka, generasi kedua FELDA

Belanjawan 2027 perlu fokus lonjak pendapatan peneroka, generasi kedua FELDA