Pas perlu jelaskan pendirian jika Zahid bakal PM – Mahfuz

PAS perlu menjelaskan pendiriannya sekiranya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berpotensi menjadi Perdana Menteri sekiranya gabungan Barisan Nasional (BN) dan Pas/Perikatan Nasional (PN) membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Mahfuz Omar berkata, perkara itu wajar diperjelaskan susulan kenyataan penganalisis politik, Ong Kian Ming yang menjangkakan Zahid berkemungkinan mendapat sokongan Sabah dan Sarawak untuk jawatan Perdana Menteri sekiranya gabungan berkenaan membentuk kerajaan.

Menurutnya, perkembangan itu menimbulkan persoalan sama ada Pas bersedia menerima Zahid sebagai Perdana Menteri, sedangkan parti berkenaan sebelum ini pernah mempersoalkan kedudukan beliau sebagai Timbalan Perdana Menteri ketika berdepan 47 pertuduhan berkaitan Yayasan Akalbudi.

“Dulu ketika Zahid mahu menjadi TPM, 47 pertuduhan menjadi persoalan. Kalau hari ini Zahid mahu menjadi PM, apakah 47 pertuduhan itu sudah tidak lagi menjadi persoalan?

“Kalau pendirian Pas berubah, apa yang berubah? Kalau pendirian Pas tidak berubah, bagaimana Pas boleh menerima Zahid sebagai Perdana Menteri?” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mahfuz berkata, persoalan berkenaan bukan bertujuan membuat kesimpulan bahawa Zahid bersalah kerana mahkamah belum membuat keputusan sedemikian terhadap beliau.

Sebaliknya, katanya, rakyat perlu mengetahui bahawa Zahid sebelum ini berdepan 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram berkaitan Yayasan Akalbudi sebelum diberikan pelepasan tanpa pembebasan (DNAA) pada 2023.

“Lebih penting, persoalan mengenai keputusan menghentikan prosiding itu belum berakhir.

“Pada 7 Mei 2026, Mahkamah Rayuan membenarkan Majlis Peguam meneruskan semakan kehakiman terhadap keputusan Peguam Negara yang membawa kepada pemberhentian prosiding tersebut,” katanya.

Beliau berkata, permohonan Zahid dan Peguam Negara untuk mendapatkan kebenaran merayu ke Mahkamah Persekutuan pula dijadualkan didengar pada 8 Oktober ini.

Sehubungan itu, Mahfuz berkata, rakyat wajar bertanya mengenai standard yang mahu digunakan bagi jawatan Perdana Menteri, termasuk aspek keyakinan, integriti, ketelusan dan standard kepimpinan negara.

“Kalau dahulu 47 pertuduhan dijadikan asas untuk mempersoalkan kelayakan Zahid berada di kerusi TPM, rakyat mempunyai hak yang sama untuk bertanya apabila nama yang sama disebut untuk kerusi PM.

“Prinsip tidak sepatutnya berubah mengikut kerusi,” katanya.

Mahfuz turut meminta Pas menjelaskan kepada rakyat asas pertimbangan sekiranya bersedia menerima Zahid sebagai Perdana Menteri.

“Kalau tidak bersedia, jelaskan pula bagaimana UMNO-Pas mahu membentuk kerajaan dan menentukan siapa Perdana Menteri.

“Kerana rakyat bukan sekadar mengundi parti. Rakyat mengundi untuk membentuk sebuah kerajaan dan memilih siapa yang akan memegang amanah tertinggi negara,” katanya.

Beliau berkata, PRU16 tidak sepatutnya hanya tertumpu kepada slogan berkaitan Melayu, Islam, perpaduan atau gelombang politik tertentu, sebaliknya rakyat perlu mengetahui siapa yang bakal memimpin, prinsip dan rekodnya serta dasar kerajaan yang akan dilaksanakan.

“Kerusi Perdana Menteri bukan hadiah kerana menang pilihan raya. Ia amanah yang lahir daripada kepercayaan rakyat,” katanya.

Related Posts

Isyarat ‘wadah baharu’ Razali Idris cetus persoalan, status Bersatu belum jelas

HANTARAN di akaun media sosial Datuk Razali Idris yang menyebut beliau berhenti selepas kira-kira 10 tahun sebagai pimpinan Bersatu mencetuskan persoalan mengenai hala tuju politiknya, namun belum mengesahkan sama ada…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pas guna ‘delay tactic’ lengahkan penjelasan kepada RoS, dakwa Tun Faisal

PAS didakwa menggunakan taktik melengah-lengahkan (delay tactic) untuk menangguhkan penjelasan kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) berhubung aduan Bersatu mengenai Perikatan Nasional (PN), kata Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Tun Faisal Ismail…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan Nepal sedia bantu Malaysia kesan 54 rakyat hilang – PM

Kerajaan Nepal sedia bantu Malaysia kesan 54 rakyat hilang – PM

Pemasangan CCTV di SK Riam Batu 2 selesai, 12 sekolah di Miri terima manfaat

Pemasangan CCTV di SK Riam Batu 2 selesai, 12 sekolah di Miri terima manfaat

Pas perlu jelaskan pendirian jika Zahid bakal PM – Mahfuz

Pas perlu jelaskan pendirian jika Zahid bakal PM – Mahfuz

Penyebaran kandungan AI manipulasi detik duka Tun M, MCMC ambil tindakan serius

Penyebaran kandungan AI manipulasi detik duka Tun M, MCMC ambil tindakan serius

Jangan jadikan ketegasan Mohd Shuhaily ‘kambing hitam’ tutupi kelemahan pihak lain

Jangan jadikan ketegasan Mohd Shuhaily ‘kambing hitam’ tutupi kelemahan pihak lain

Ketegasan Shuhaily perlu dipertahankan, jangan beri laluan sindiket kuburkan AKPS

Ketegasan Shuhaily perlu dipertahankan, jangan beri laluan sindiket kuburkan AKPS