PKD Bera turun padang rawat, periksa gigi warga emas Sang Riang

BERA – Seramai 485 warga emas di Rumah Kebajikan Warga Emas Sang Riang (Sang Riang), dekat Triang, menerima pemeriksaan dan rawatan pergigian menerusi inisiatif turun padang dilaksanakan petugas kesihatan kerajaan.

Rombongan kakitangan kesihatan yang melakukan rawatan dan pemeriksaan pergigian itu diketuai Dr Kishendran R Ganandran.

Pengerusinya, Datuk Yap Yoke Moey berkata, inisiatif Pejabat Kesihatan Daerah Bera itu amat dihargai penghuni rumah kebajikan berkenaan.

“Inisiatif ini sangat membantu penghuni yang lanjut usia dan berdepan masalah mobiliti untuk mendapatkan rawatan di klinik atau hospital.

“Sebahagian besar penghuni mengalami masalah pergerakan, jadi perjalanan ke klinik atau hospital bukan sesuatu yang mudah.

“Langkah menyediakan perkhidmatan secara langsung di rumah kebajikan ini bukan sahaja mengurangkan beban penghuni dan pihak pengurusan, malah memastikan setiap penghuni berpeluang menjalani pemeriksaan pergigian yang lebih baik,” katanya.

Menurut beliau, penghuni yang dikenal pasti mempunyai masalah pergigian turut diberikan penilaian perubatan serta rawatan susulan yang sewajarnya.

Selain perkhidmatan pergigian, petugas daripada unit psikiatri Jabatan Kesihatan Negeri Pahang juga kerap mengunjungi rumah kebajikan tersebut bagi memberikan rawatan, termasuk suntikan ubat kepada pesakit yang memerlukan.

Dalam pada itu, Yap turut merakamkan penghargaan kepada Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, kakitangan perubatan Hospital Bera serta Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) atas kerjasama berterusan yang diberikan kepada Sang Riang.

“Pasukan petugas dari Hospital Bera juga banyak membantu kami dalam urusan seperti membawa penghuni ke hospital untuk rawatan, sementara JKM pula memainkan peranan penting menyalurkan bantuan sewajarnya kepada penghuni yang layak,” katanya.

Beliau memaklumkan, rumah kebajikan itu kini menempatkan hampir 500 warga emas dan tugasan harian pihak pengurusan adalah sangat mencabar.

“Usaha menjaga kebajikan warga emas tidak menjadi tanggungjawab rumah kebajikan secara bersendirian dan ia memerlukan kerjasama erat dengan agensi kerajaan, pasukan perubatan dan masyarakat.

“Kami amat menghargai pengorbanan dan komitmen petugas barisan hadapan yang sentiasa membantu memastikan penghuni Sang Riang mendapat penjagaan lebih baik pada usia senja mereka,” katanya.

Beliau berharap kerjasama erat antara kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan dapat diteruskan bagi memastikan golongan warga emas menikmati kehidupan yang lebih terjamin, selesa dan bermaruah.

Related Posts

Warga emas ceroboh kedai ditahan, sembilan tong gas LPG dirampas

TAWAU – Polis menahan seorang wanita warga emas ditahan selepas dipercayai terbabit dalam kes menceroboh sebuah kedai dan mencuri sembilan tong gas petroleum cecair (LPG) di Kampung Mangga, pada Khamis.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hospital Sibu beri penghormatan kepada penderma organ pertama sejak 2019

SIBU – Hospital Sibu memberi penghormatan kepada seorang wanita yang telah meninggal dunia selepas beliau mendermakan buah pinggang dan kornea, sekali gus menjadi penderma organ pepejal pertama di hospital berkenaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Warga emas ceroboh kedai ditahan, sembilan tong gas LPG dirampas

  • By Fatin
  • October 2, 2026
Warga emas ceroboh kedai ditahan, sembilan tong gas LPG dirampas

PKD Bera turun padang rawat, periksa gigi warga emas Sang Riang

PKD Bera turun padang rawat, periksa gigi warga emas Sang Riang

Hospital Sibu beri penghormatan kepada penderma organ pertama sejak 2019

Hospital Sibu beri penghormatan kepada penderma organ pertama sejak 2019

Tiga kawasan Penampang dilanda banjir, 30 penduduk dipindahkan

Tiga kawasan Penampang dilanda banjir, 30 penduduk dipindahkan

Belanjawan 2027: Mahasiswa, universiti antara keutamaan – PM

Belanjawan 2027: Mahasiswa, universiti antara keutamaan – PM

Berang ditegur menceroboh laluan, lelaki belasah penunggang motosikal guna besi

Berang ditegur menceroboh laluan, lelaki belasah penunggang motosikal guna besi