TAWAU – Polis menahan seorang wanita warga emas ditahan selepas dipercayai terbabit dalam kes menceroboh sebuah kedai dan mencuri sembilan tong gas petroleum cecair (LPG) di Kampung Mangga, pada Khamis.
Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Rosdi Mat Jusoh berkata, tangkapan ke atas wanita tempatan berumur 61 tahun itu dilakukan sepasukan anggota Balai Polis Kalabakan.
“Tindakan berkenaan dibuat hasil maklumat yang diterima pihak polis berhubung penglibatan suspek dalam kes ceroboh sebuah stor kedai yang dilaporkan di balai polis.
“Hasil pemeriksaan, polis turut merampas sebanyak sembilan tong gas yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes tersebut,” katanya dalam kenyataan media, pada Jumaat.
Kes kini disiasat di bawah Seksyen 448 Kanun Keseksaan.
Rosdi menasihati orang ramai agar tidak terlibat dalam kegiatan jenayah serta menyalurkan maklumat kepada pihak polis sekiranya mempunyai maklumat berkaitan sebarang aktiviti mencurigakan bagi membantu menjaga keselamatan dan ketenteraman awam.
PKD Bera turun padang rawat, periksa gigi warga emas Sang Riang
BERA – Seramai 485 warga emas di Rumah Kebajikan Warga Emas Sang Riang (Sang Riang), dekat Triang, menerima pemeriksaan dan rawatan pergigian menerusi inisiatif turun padang dilaksanakan petugas kesihatan kerajaan.…
Lebih lanjut




