Peduli Veteran MADANI terus jaga kebajikan pesara tentera

KERAJAAN terus berusaha memperkukuh bentuk sokongan serta bantuan yang diperlukan agar para veteran dapat menjalani kehidupan yang lebih baik.  

Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari berkata, Kementerian Pertahanan (MINDEF) mempunyai pelbagai program bagi menjaga kebajikan para veteran.

“Kehidupan selepas persaraan membawa cabaran yang berbeza bagi setiap veteran.

“Seorang ayah sanggup susah hari ini, asalkan anak-anaknya mempunyai masa depan yang lebih baik.

“Itulah yang saya lihat pada saudara Zamri Ali, veteran TUDM (Tentera Udara Diraja Malaysia) yang telah berkhidmat selama 22 tahun ketika bertemu dengannya di Kampung Bukit Katil dalam Program Peduli Veteran MADANI,” kongsinya di Facebook.

Menurut Adly, dua anak kembar Zamry, kini sama-sama menuntut di universiti dengan masing-masing di UiTM Kuala Pilah dan UiTM Lendu. Kedua-duanya mendapat sumbangan Bantuan IPT RM1,000 seorang.

“Bila dua anak melanjutkan pengajian pada waktu yang sama, tentu banyak yang perlu difikirkan oleh sebuah keluarga. Namun seorang ayah tetap mahu anak-anaknya terus melangkah, mengejar ilmu dan membina kehidupan yang lebih baik.

“Bantuan ini mungkin kecil pada nilainya, tetapi Insya-Allah besar pada maknanya kerana di belakangnya ada impian seorang ayah yang mahu melihat anak-anaknya berjaya,” katanya lagi.

Adly yang juga Ahli Parlimen Alor Gajah dan Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Katil berkata, peduli veteran madani antara yang menjadi agenda kementerian.

“Kerana dalam sebuah ziarah, bukan hanya kisah kesusahan yang kita bawa pulang. Kadang-kadang, keceriaan dan rasa dihargai itulah yang paling mereka perlukan,” katanya lagi.

Adly turut berkongsi kisah seorang pesara, Azman Mohd Hashim yang berkhidmat 22 tahun dalam TUDM sebelum bersara pada 2001 dan kini mengalami masalah sakit lutut serta mempunyai seorang anak kurang upaya (OKU) yang turut mendapat bantuan.

“Melalui JHEV (Jabatan Hal Ehwal Veteran) (Angkatan Tentera Malaysia) ATM, beliau telah menerima bantuan baik pulih rumah RM16,960, manakala anak OKU beliau turut menerima bantuan bulanan JKM.

“Dalam kunjungan ini, beliau juga dikurniakan Pingat Jasa Malaysia atas jasa dan pengorbanan beliau buat negara,” katanya.

Selain itu, tambah Adly MINDEF turut mempunyai program Kerjaya Kedua Perwira menerusi platform keusahawanan.

Menerusi inisiatif iTEKAD oleh Bank Negara Malaysia, PERHEBAT bekerjasama dengan Affin Islamic Bank dan Bank Simpanan Nasional menyediakan padanan dana iTEKAD khusus untuk veteran ATM, termasuk program latihan pengurusan perniagaan, pemasaran digital, pengurusan kewangan dan penjenamaan produk. 

“Sehingga kini, 38 usahawan veteran ATM berjaya meraih manfaat iTEKAD bagi melonjakkan perusahaan mereka dalam aspek produktiviti, pasaran dan jualan,” katanya.

Related Posts

Jelapang padi perlu diwartakan, pastikan keluasan tanaman tidak susut – KPKM

PUTRAJAYA – Kerajaan negeri disaran mewartakan kawasan jelapang padi bagi memastikan keluasan tanah penanaman padi terus dipelihara dalam usaha meningkatkan Kadar Sara Diri (SSR) beras negara. Kementerian Pertanian dan Keterjaminan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
SARA bulanan mula dikredit hari ini

KUALA LUMPUR – Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bulanan mula dikreditkan kepada penerima melalui MyKad masing-masing hari ini. Kementerian Kewangan (MoF) menerusi hantaran di aplikasi X pada Khamis memaklumkan, sejumlah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sembilan emas Aichi-Nagoya bukti kesungguhan atlet Malaysia – PM

Sembilan emas Aichi-Nagoya bukti kesungguhan atlet Malaysia – PM

Pemulihan kuarters TUDM Sungai Besi Land perlu disegerakan – PM

Pemulihan kuarters TUDM Sungai Besi Land perlu disegerakan – PM

Tunggakan hasil lebih RM200 juta, JPJ gantung MYEG, Zetrix mulai Isnin

Tunggakan hasil lebih RM200 juta, JPJ gantung MYEG, Zetrix mulai Isnin

Azizulhasni raih pingat emas keirin, tepati ramalan

Azizulhasni raih pingat emas keirin, tepati ramalan

‘Lebai’ Pas salah guna kuasa, khianat dan fitnah – Tun Faisal

‘Lebai’ Pas salah guna kuasa, khianat dan fitnah – Tun Faisal

Ruang bersuara terbuka, Chean Chung pilih tidak hadir

Ruang bersuara terbuka, Chean Chung pilih tidak hadir