UM tembusi kelompok 200 terbaik dunia, bukti kemampuan IPT negara – PM

KUALA LUMPUR – Universiti Malaya (UM) mencipta sejarah sebagai universiti pertama Malaysia menembusi kelompok 200 terbaik dunia dalam Times Higher Education (THE) World University Rankings 2027, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar berkata, pencapaian UM yang menduduki tempat ke-194 dalam penarafan berkenaan membuktikan institusi pendidikan tinggi (IPT) negara mempunyai keupayaan untuk bersaing dengan universiti terkemuka dunia.

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada UM atas kejayaan bersejarah itu yang menurutnya mencerminkan kecemerlangan universiti berkenaan dalam bidang pengajaran dan penyelidikan.

“Pencapaian ini mencerminkan kecemerlangan UM dalam bidang pengajaran dan penyelidikan di samping menyuntik keyakinan bahawa institusi pendidikan tinggi negara juga mampu bersaing dengan universiti terkemuka dunia.

“Justeru, kecemerlangan ini mesti terus diperkukuh dengan budaya ilmu yang subur, kebebasan berfikir serta penyelidikan yang menjawab keperluan masyarakat dan negara,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Anwar berkata, universiti juga perlu melahirkan generasi yang mempunyai keupayaan intelektual, nilai dan akhlak kukuh serta berani meneroka gagasan baharu.

“Universiti harus melahirkan generasi yang tajam akal, teguh nilai dan akhlak serta berani meneroka gagasan baharu,” katanya.

Beliau berkata, kejayaan UM berkenaan perlu dijadikan pemangkin kepada universiti itu dan seluruh IPT negara untuk terus meningkatkan mutu serta mengangkat martabat ilmu.

“Semoga UM terus melakar kejayaan yang mengharumkan nama Malaysia,” katanya.

Semalam, media melaporkan UM muncul sebagai universiti Malaysia pertama menembusi kelompok 200 terbaik dunia dalam THE World University Rankings, apabila menduduki tempat ke-194 bagi edisi 2027.

Pencapaian itu menyaksikan universiti tertua negara berkenaan melonjak daripada kedudukan dalam kelompok 351 hingga 400 pada edisi 2023.

Kedudukan berkenaan meletakkan UM dalam kelompok kira-kira 8.5 peratus terbaik daripada 2,297 universiti yang disenaraikan di seluruh dunia tahun ini, selain kekal sebagai universiti peringkat tertinggi di Malaysia dalam THE World University Rankings.

Related Posts

Sembilan emas Aichi-Nagoya bukti kesungguhan atlet Malaysia – PM

KUALA LUMPUR – Kejayaan kontinjen Malaysia mengumpul sembilan pingat emas di Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 membuktikan kesungguhan dan kehebatan atlet negara dalam mengharumkan nama Jalur Gemilang di pentas Asia. Perdana…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pemulihan kuarters TUDM Sungai Besi Land perlu disegerakan – PM

KUALA LUMPUR – Pemulihan kuarters Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Sungai Besi Land perlu disegerakan bagi membolehkan kawasan berkenaan disediakan untuk tujuan perumahan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sembilan emas Aichi-Nagoya bukti kesungguhan atlet Malaysia – PM

Sembilan emas Aichi-Nagoya bukti kesungguhan atlet Malaysia – PM

Pemulihan kuarters TUDM Sungai Besi Land perlu disegerakan – PM

Pemulihan kuarters TUDM Sungai Besi Land perlu disegerakan – PM

Tunggakan hasil lebih RM200 juta, JPJ gantung MYEG, Zetrix mulai Isnin

Tunggakan hasil lebih RM200 juta, JPJ gantung MYEG, Zetrix mulai Isnin

Azizulhasni raih pingat emas keirin, tepati ramalan

Azizulhasni raih pingat emas keirin, tepati ramalan

‘Lebai’ Pas salah guna kuasa, khianat dan fitnah – Tun Faisal

‘Lebai’ Pas salah guna kuasa, khianat dan fitnah – Tun Faisal

Ruang bersuara terbuka, Chean Chung pilih tidak hadir

Ruang bersuara terbuka, Chean Chung pilih tidak hadir