Warga emas rugi RM66000 akibat pelaburan tidak wujud

KUCHING – Seorang pesara lelaki tempatan berusia pertengahan 70-an membuat laporan polis mengenai kes penipuan pelaburan tidak wujud yang dikenali sebagai Grandpine Capital Learning Centre.

Menurut kenyataan rasmi Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mancha Ata, mangsa mendakwa tertarik dengan tawaran kursus pelaburan di Facebook pada penghujung Julai 2024 yang dikendalikan oleh seorang individu yang menjadi tenaga pengajar.

“Mangsa kemudian diarah menghubungi Grandpine Capital Learning Centre bagi mendapatkan bimbingan semasa menjalani kursus selama dua minggu,” kata beliau

Ujar beliau, mangsa juga diminta memuat turun aplikasi pelaburan yang didakwa berkaitan dan mendaftarkan akaun.

“Setelah kursus selesai, mangsa diarahkan untuk membeli saham melalui aplikasi tersebut.

“Mangsa terpedaya dengan tawaran tersebut, telah membuat beberapa transaksi pemindahan wang secara berperingkat dari pertengahan Ogos hingga pertengahan September 2024,” kata beliau.

Difahamkan jumlah keseluruhan transaksi mencecah RM660,000 ke dalam beberapa akaun bank berbeza.

Tambah beliau, mangsa mula menyedari dirinya ditipu apabila suspek terus meminta wang tambahan tanpa sebarang pulangan keuntungan diterima.

“Sehingga kini, mangsa masih belum menerima sebarang pulangan daripada pelaburan tersebut. Laporan polis telah dibuat untuk siasatan lanjut,” jelas beliau lagi.

Related Posts

Pelajar diminta tidak sia-siakan peluang pendidikan tinggi percuma

SIBU – Pelaksanaan Skim Pendidikan Tinggi Percuma Sarawak (FTES) tidak seharusnya pelajar mengambil sikap mudah sebaliknya menuntut disiplin dan komitmen tinggi sepanjang tempoh pengajian. Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis selesai kes pecah rumah, dua suspek ditahan

SARATOK — Polis berjaya menahan dua lelaki tempatan serta merampas pelbagai barangan disyaki hasil kegiatan pecah rumah dalam satu operasi di Kabong, baru-baru ini. Ketua Polis Daerah Saratok DSP Mathew…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Muhyiddin lebih utamakan kedudukan Ketua Pembangkang berbanding bantu rakyat

Muhyiddin lebih utamakan kedudukan Ketua Pembangkang berbanding bantu rakyat

Ketua Pengarah JUPEM didakwa salah guna kedudukan peroleh suapan lebih RM130,000

Ketua Pengarah JUPEM didakwa salah guna kedudukan peroleh suapan lebih RM130,000

Chelsea kalah lagi, dibelasah Brighton 3-0

Chelsea kalah lagi, dibelasah Brighton 3-0

Pelajar diminta tidak sia-siakan peluang pendidikan tinggi percuma

Pelajar diminta tidak sia-siakan peluang pendidikan tinggi percuma

Polis selesai kes pecah rumah, dua suspek ditahan

Polis selesai kes pecah rumah, dua suspek ditahan

Trump umum lanjut tempoh gencatan senjata tanpa persetujuan Iran

Trump umum lanjut tempoh gencatan senjata tanpa persetujuan Iran