Empat lelaki maut, lima kenderaan terbabit kemalangan di Jalan Sepanggar

KOTA KINABALU – Empat lelaki maut selepas Perodua Viva yang dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan melibatkan lima kenderaan di Jalan Sepanggar, berhampiran Taman Jaya Diri, kira-kira jam 2.30 pagi tadi.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintenden Syed Lot Syed Ab Rahman berkata, siasatan awal mendapati kereta yang dipandu lelaki berusia 23 tahun bersama tiga penumpang itu dipercayai hilang kawalan ketika dalam perjalanan dari arah Sepanggar menuju ke Indah Permai.

“Kereta itu terbabas ke kiri jalan lalu melanggar sebuah lori Isuzu NPR dan Perodua Aruz.

“Akibat pelanggaran itu, lori berkenaan terdorong ke hadapan lalu menghimpit sebuah van Nissan Urvan sebelum van tersebut melanggar Proton X50,” ujarnya dalam kenyataan pada Ahad.

Menurut Syed Lot, pemandu serta tiga penumpang lelaki berusia lingkungan 20-an tersepit di dalam Viva sebelum dikeluarkan oleh anggota bomba. Kesemua mereka disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan Hospital Likas.

Tambahnya, mayat-mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Queen Elizabeth I untuk bedah siasat. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kemalangan itu diminta menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Royston, di talian 016-3130153 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Related Posts

Insiden Mengalum: KePKAS semak pematuhan pengendali, aspek keselamatan

KOTA KINABALU – Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah (KePKAS) akan menyelaras dengan agensi berkaitan bagi menyemak pematuhan pengendali, vesel, aktiviti pelancongan dan kemudahan susulan kematian seorang pelancong China…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis giat kesan suspek ragut beg tangan wanita di Kampung Baru Semenyih
  • AdenAden
  • September 27, 2026

​KAJANG – Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini mengesan seorang penunggang motosikal yang terlibat dalam kes ragut membabitkan seorang wanita di hadapan pasar pagi Kampung Baru Semenyih, di sini kelmarin. ​Ketua…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Insiden Mengalum: KePKAS semak pematuhan pengendali, aspek keselamatan

  • By Ezmie
  • September 27, 2026
Insiden Mengalum: KePKAS semak pematuhan pengendali, aspek keselamatan

Empat lelaki maut, lima kenderaan terbabit kemalangan di Jalan Sepanggar

  • By Ezmie
  • September 27, 2026
Empat lelaki maut, lima kenderaan terbabit kemalangan di Jalan Sepanggar

Jangan terpedaya akaun palsu tawar pendaftaran STR – Fahmi

Jangan terpedaya akaun palsu tawar pendaftaran STR – Fahmi

Gerakan Islam mesti berteraskan ilmu, akhlak – Anwar

Gerakan Islam mesti berteraskan ilmu, akhlak – Anwar

Polis giat kesan suspek ragut beg tangan wanita di Kampung Baru Semenyih

  • By Aden
  • September 27, 2026
Polis giat kesan suspek ragut beg tangan wanita di Kampung Baru Semenyih

England tewas tipis kepada Sepanyol

England tewas tipis kepada Sepanyol