Malaysia seru komuniti antarabangsa bersatu demi kemerdekaan Palestin

PUTRAJAYA – Malaysia menyeru komuniti antarabangsa untuk bersatu dan mengambil tindakan tegas terhadap keganasan rejim Zionis Israel yang telah meragut nyawa lebih 40,000 rakyat Palestin yang tidak berdosa.

Wisma Putra dalam satu kenyataan memaklumkan, sokongan penuh perlu diberikan kepada Palestin untuk menubuhkan sebuah negara yang merdeka dan berdaulat berdasarkan sempadan pra-1967, dengan Baitul Maqdis Timur sebagai ibu kotanya.

Menurutnya, di mana-mana di dunia, pelanggaran undang-undang antarabangsa, undang-undang kemanusiaan antarabangsa, dan hak asasi manusia, termasuk genosid dan jenayah perang, tidak boleh dibiarkan tanpa hukuman.

“Masa untuk bertindak telah lama tiba, Malaysia akan terus berusaha bersama negara-negara lain untuk memastikan Palestin mendapat keanggotaan penuh dalam PBB.

“Hanya Israel sahaja yang bertindak tanpa sebarang akibat. Ini tidak boleh diterima. Israel tidak boleh lagi berlindung di sebalik sejarahnya untuk melakukan pembunuhan kejam terhadap rakyat Palestin,” kata kenyataan itu hari ini.

Jelasnya, tragedi Oktober tahun lalu menjadi peringatan suram tentang keganasan tanpa henti ke atas rakyat Palestin yang mana rejim Zionis Israel telah membunuh 115 rakyat Palestin setiap hari, dan mencederakan 274 lagi terdiri daripada warga emas, wanita, dan kanak-kanak yang tidak bersalah.

Mengulas lanjut, berikutan serangan tanpa henti, komuniti mereka hancur, kebanyakan kawasan di Gaza kini tidak dapat didiami malah dunia tidak boleh terus menutup mata terhadap nyawa yang hilang dan masa depan rakyat Palestin yang dirampas.

Tambahnya, kempen keganasan dan penindasan rejim Zionis Israel berterusan tanpa tanda berhenti, meskipun pelbagai rundingan, resolusi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), dan Pendapat Penasihat Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) telah dibuat.

Bagaimanapun, rejim Israel ini tetap berdegil, melaksanakan genosid, memperluas penempatan haram, memusnahkan infrastruktur penting, dan kini melanggar kedaulatan Lubnan.

Related Posts

Pindaan Akta Tabung Haji penting perkukuh tadbir urus, elak kelemahan berulang

PUTRAJAYA – Pindaan terhadap Akta Tabung Haji 1995 perlu diberi keutamaan susulan pendedahan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung Lembaga Tabung Haji (TH), bagi memastikan kelemahan tadbir urus yang dikenal…

Lebih lanjut

teruskan membaca
TH sambut baik pindaan Akta Tabung Haji, perkukuh tatakelola institusi

KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Haji (TH) menyambut baik langkah kerajaan meminda Akta Tabung Haji 1995 sebagai usaha memperkukuh tatakelola serta memastikan amanah umat Islam yang dipertanggungjawabkan kepada institusi itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pindaan Akta Tabung Haji penting perkukuh tadbir urus, elak kelemahan berulang

Pindaan Akta Tabung Haji penting perkukuh tadbir urus, elak kelemahan berulang

Belanjawan 2027 fokus tingkat pendapatan, peluang pekerjaan berkualiti

Belanjawan 2027 fokus tingkat pendapatan, peluang pekerjaan berkualiti

Dasar tidak popular perlu dilaksana demi kepentingan jangka panjang – Amir Hamzah

Dasar tidak popular perlu dilaksana demi kepentingan jangka panjang – Amir Hamzah

FELDA Jengka 24 sasarkan pemasangan 10,000 Jalur Gemilang

FELDA Jengka 24 sasarkan pemasangan 10,000 Jalur Gemilang

TH sambut baik pindaan Akta Tabung Haji, perkukuh tatakelola institusi

TH sambut baik pindaan Akta Tabung Haji, perkukuh tatakelola institusi

Pucuk pimpinan yang tegas lagi teguh diperlukan untuk perangi rasuah – Ayob Khan

Pucuk pimpinan yang tegas lagi teguh diperlukan untuk perangi rasuah – Ayob Khan