Program Mekar Berkala gantikan khidmat JPN Penampang

PENAMPANG – Program Mekar Berkala akan dilaksanakan bagi menggantikan perkhidmatan Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Penampang yang ditutup.

JPN Sabah melalui hantarannya di Facebook berkata, program berkenaan akan dilaksanakan pada 9 hingga 11 Oktober, bermula pukul 8 pagi hingga 5 petang di Pasar Am Dongongon.

“Program anjuran JPN Penampang ini dilaksanakan bertujuan membolehkan orang ramai mendapat perkhidmatan yang sebelum ini disediakan oleh Pejabat JPN Penampang.

“Antara perkhidmatan yang disediakan termasuk Permohonan Kad Pengenalan 12 tahun, Gantian Mykad, Cop Pengesahan Dokumen dan Khidmat Nasihat.

“Orang ramai boleh terus mengikuti media sosial rasmi JPN Sabah untuk mengetahui tarikh dan lokasi seterusnya Program Mekar Berkala JPN Penampang ini,” katanya dalam kenyataan itu pada Selasa.

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut orang ramai boleh juga menghubungi pihak JPN di talian 088-488308 atau emel ke jpnpppsabah@jpn.gov.my.

Related Posts

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

KOTA KINABALU – Ketika kanak-kanak lain seusianya bebas bermain tanpa memikirkan apa-apa, satu kejadian ketika berusia empat tahun mengubah kehidupan Nurhadrieyana Paiman.‎‎Insiden tercucuk pensil menyebabkan penglihatan mata kirinya terjejas, sekali…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

KUCHING – Hari Malaysia perlu dijadikan medan muhasabah nasional untuk menilai sejauh mana negara berjaya membina masyarakat yang matang, berwibawa dan berjiwa besar dalam mendepani cabaran semasa. Yang di-Pertua Negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

Jika benar-benar kuat, UMNO perlu bertanding solo di Melaka – Tajuddin

Jika benar-benar kuat, UMNO perlu bertanding solo di Melaka – Tajuddin

Malaysia-Maldives perluas kerjasama pertahanan, hal ehwal Islam – PM

Malaysia-Maldives perluas kerjasama pertahanan, hal ehwal Islam – PM

Malaysia beri lampu hijau prinsip kemudahan AS$100 juta untuk Maldives – PM

Malaysia beri lampu hijau prinsip kemudahan AS$100 juta untuk Maldives – PM