17 kerusi baharu DUN Sarawak dijangka tidak dipertandingkan pada PRN akan datang

KUCHING – Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak yang akan datang dijangka masih kekal mempertandingkan 82 kerusi sedia ada berikutan proses kajian semula persempadanan bagi 17 kerusi baharu Dewan Undangan Negeri (DUN) yang belum dapat diselesaikan.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Ramlan Harun berkata, proses kelulusan dan pewartaan kerusi-kerusi baharu terbabit dijangka memakan masa yang agak lama sehingga melepasi tarikh luput mandat kerajaan Sarawak pada Februari 2027.

“Tempoh matang DUN Sarawak adalah pada Februari 2027, jadi berdasarkan kepada prosedur dan proses kerja yang perlu kita lalui, saya menjangkakan kita tidak sempat guna jumlah kerusi baharu ini pada PRN akan datang,” katanya.

Sebagai rekod, DUN Sarawak pada Julai 2025 telah meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Dewan Undangan Negeri (Komposisi Keanggotaan) 2025 bagi membenarkan penambahan 17 kerusi baharu, sekali gus bakal menjadikan jumlah keseluruhan wakil rakyat di negeri ini kepada 99 orang.

Mengulas mengenai perkembangan proses pameran pemetaan tersebut, Ramlan mendedahkan bahawa pihak SPR setakat ini telah menerima 18 bantahan rasmi terhadap KSP Negeri Sarawak daripada pelbagai pihak.

Jelas beliau, majoriti bantahan yang diterima itu membabitkan isu perubahan lokasi pusat daerah mengundi, selain pertikaian mengenai cadangan nama kawasan DUN tertentu, khususnya di sekitar Sarikei, Bintulu, dan Sibu.

“Perkara (bantahan) ini kita akan nilai dan perincikan kemudian,” tambahnya.

Foto: Facebook Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)

Related Posts

AMK Negeri Sembilan gesa jangan alih isu kedudukan Yang di-Pertuan Besar

SEREMBAN – Angkatan Muda Keadilan (AMK) Negeri Sembilan mengingatkan semua pihak supaya tidak mengalihkan isu daripada persoalan utama membabitkan kedudukan institusi Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, institusi Undang dan Adat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Li Qiang jamin kepentingan PMKS Malaysia terpelihara – PM Anwar

HANGZHOU – Kepentingan peniaga kecil, perusahaan mikro dan perusahaan kecil dan sederhana (PMKS) Malaysia diberi jaminan akan terus diambil kira dalam sebarang urusan perniagaan membabitkan syarikat China, kata Datuk Seri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

AMK Negeri Sembilan gesa jangan alih isu kedudukan Yang di-Pertuan Besar

AMK Negeri Sembilan gesa jangan alih isu kedudukan Yang di-Pertuan Besar

Li Qiang jamin kepentingan PMKS Malaysia terpelihara – PM Anwar

Li Qiang jamin kepentingan PMKS Malaysia terpelihara – PM Anwar

Pelaburan lebih RM28 bilion antara hasil lawatan Anwar ke China

Pelaburan lebih RM28 bilion antara hasil lawatan Anwar ke China

Tujuh halaman, tapi soalan asas masih belum dijawab Ismail – Tengku Zafrul

Tujuh halaman, tapi soalan asas masih belum dijawab Ismail – Tengku Zafrul

Abang Perdana Menteri meninggal dunia

Abang Perdana Menteri meninggal dunia

PH Pulau Pinang mahu ‘semak semula’ kerjasama dengan UMNO

PH Pulau Pinang mahu ‘semak semula’ kerjasama dengan UMNO