Belum masa Abang Jo bersara, rakyat Sarawak mahu beliau pimpin hingga 2030 – Abdullah

KUCHING – Spekulasi mengenai persaraan Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg serta desas-desus berhubung penamaan penggantinya ditepis sekeras-kerasnya kerana majoriti rakyat masih memerlukan kepimpinan beliau sekurang-kurangnya sehingga tahun 2030.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS), Datuk Abdullah Saidol berkata, ucapan Premier di Miri baru-baru ini yang menyentuh soal usia dan peremajaan parti telah disalahtafsirkan oleh sesetengah pihak sebagai bayangan untuk berundur.

Sebaliknya, beliau menterjemahkan pesanan tersebut sebagai satu teguran halus dan kiasan daripada seorang veteran politik untuk mengingatkan pemimpin-pemimpin lama yang lain agar bersedia memberi laluan kepada tenaga muda.

“Secara peribadi dan mewakili pengundi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Semop, kami dan majoriti warga Sarawak belum bersedia untuk melihat Yang Amat Berhormat Premier bersara.

“Kita masih memerlukan kebijaksanaan buah fikiran beliau dan tenaga kerjanya yang sangat komited untuk melengkapkan kemuncak agenda Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030,” tegasnya.

Dalam pada itu, Abdullah turut menafikan laporan oleh pihak media tertentu kononnya telah menamakan individu tertentu sebagai bakal pengganti Abang Johari, lantas menyifatkan perkara tersebut sebagai spekulasi semata-mata.

Beliau meletakkan keyakinan penuh terhadap kebijaksanaan barisan kepimpinan tertinggi Gabungan Parti Sarawak (GPS) dalam menentukan soal peralihan kuasa secara konsensus apabila tiba masanya kelak.

Beliau berkata demikian ketika ditemu ramah oleh pemberita selepas merasmikan Bengkel Media Sarawak 2026 anjuran Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) di Pusat Kecemerlangan Teknikal Sarawak (Centexs) Kuching pada Rabu.

Sementara itu, beliau turut memperbetulkan kekeliruan berhubung kenyataan Speaker DUN Sarawak baru-baru ini yang menyifatkan persidangan pada bulan November ini sebagai ‘persidangan terakhir’.

Jelasnya, kenyataan itu hanya merujuk kepada takwim persidangan belanjawan pada hujung tahun serta mengambil kira tempoh penggal DUN yang masih panjang dan akan tamat pada 14 Februari 2027, bukannya petanda Pilihan Raya Negeri (PRN) bakal diadakan dalam masa terdekat.

Related Posts

Lelaki 30-an maut disyaki terkena renjatan elektrik

LAHAD DATU – Seorang lelaki berumur 30-an maut dipercayai terkena renjatan elektrik dalam kejadian di Kampung Puyut, di sini, tengah hari Rabu. Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
JPS digesa laksana penyelenggaraan kolam takungan secara berkala

MIRI – Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) digesa untuk melaksanakan jadual kerja pembersihan dan penyelenggaraan kolam takungan di sekitar kawasan Desa Senadin dan Tudan secara lebih kerap dan berkala. Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lelaki 30-an maut disyaki terkena renjatan elektrik

  • By Fatin
  • September 23, 2026
Lelaki 30-an maut disyaki terkena renjatan elektrik

JPS digesa laksana penyelenggaraan kolam takungan secara berkala

JPS digesa laksana penyelenggaraan kolam takungan secara berkala

Geran interim RM1.5 bilion pemangkin pembangunan pedalaman Sarawak

Geran interim RM1.5 bilion pemangkin pembangunan pedalaman Sarawak

Belum masa Abang Jo bersara, rakyat Sarawak mahu beliau pimpin hingga 2030 – Abdullah

Belum masa Abang Jo bersara, rakyat Sarawak mahu beliau pimpin hingga 2030 – Abdullah

Belanjawan Sarawak dijangka catat lebihan, AI dan infrastruktur luar bandar jadi tumpuan

Belanjawan Sarawak dijangka catat lebihan, AI dan infrastruktur luar bandar jadi tumpuan

Lelaki ditemukan maut selepas terjatuh dari bangunan pasar

Lelaki ditemukan maut selepas terjatuh dari bangunan pasar