Buruh didakwa rompak barangan kemas RM100,000 guna senjata

KOTA BHARU – Seorang buruh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, pada Isnin atas pertuduhan merompak secara berkumpulan dan bersenjata terhadap seorang wanita di sebuah rumah di Bunut Payong, di sini, awal tahun ini.

Tertuduh, Mohd. Zafrizar Ibrahim, 48, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Zulkifli Abllah.

Mohd Zafrizar Ibrahim, 48, bersama yang masih bebas didakwa merampas dua rantai tangan dan satu rantai leher emas dianggar bernilai RM100,000 milik Hasni Mat Suji, 56, di rumah mangsa di Lorong Sekolah Kebangsaan Bunut Payong, di sini antara 3 hingga 4 pagi, pada 12 Januari lepas.

Mohd. Zafrizar didakwa mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan (Akta 574) dibaca bersama Seksyen 34 akta sama yang boleh dihukum penjara hingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Kamarul Hasyime Rosli, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, Kamarul Hasyime tidak mencadangkan jaminan kerana kesalahan yang dihadapi tertuduh merupakan kes serius.

Mahkamah kemudian tidak membenarkan tertuduh diikat jamin selain menetapkan 24 Oktober ini untuk sebutan semula kes, serahan dokumen dan lantikan peguam.

Related Posts

1,200 jerami gulung terbakar dalam gudang MADA

JITRA – Sebuah gudang yang menyimpan kira-kira 1,200 jerami gulung dan peralatan elektrik musnah dalam kebakaran di Pertubuhan Peladang Kawasan C2 Kerpan, Kampung Tempayan Pecah di Ayer Hitam, dekat sini…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sindiket minyak masak subsidi dijadikan minyak terpakai terbongkar

ALOR SETAR – Kegiatan seorang lelaki yang disyaki menjadikan minyak masak peket bersubsidi sebagai minyak masak terpakai terbongkar selepas sebuah premis, di sini diserbu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Undang-undang baharu fokus tadbir urus universiti, hak mahasiswa terpelihara

Undang-undang baharu fokus tadbir urus universiti, hak mahasiswa terpelihara

Putra cadang Akta Sabotaj Ekonomi Negara tangani salah guna kuasa

Putra cadang Akta Sabotaj Ekonomi Negara tangani salah guna kuasa

Kabinet tak bincang undang-undang khusus peruntukan sama rata Ahli Parlimen

Kabinet tak bincang undang-undang khusus peruntukan sama rata Ahli Parlimen

Kajian gabungan elemen GST-SST belum ditetapkan tempoh – Fahmi

Kajian gabungan elemen GST-SST belum ditetapkan tempoh – Fahmi

RON97, RON95 dan diesel tanpa subsidi naik mulai 20 Ogos

RON97, RON95 dan diesel tanpa subsidi naik mulai 20 Ogos

1,200 jerami gulung terbakar dalam gudang MADA

1,200 jerami gulung terbakar dalam gudang MADA