Selangor beri tuisyen percuma kepada 17,000 murid keciciran 3M

KERAJAAN Selangor mengambil berat nasib 17,000 murid sekolah rendah di negeri itu yang berhadapan keciciran kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M).

Justeru, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, perkara itu akan ditangani menerusi proses intervensi Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS), tahun depan.

Jelasnya, inisiatif pembelajaran secara percuma itu dibuat bagi mengatasi keciciran kemahiran literasi dan numerasi murid di peringkat sekolah rendah.

Menurutnya, angka diperolehi dari Jabatan Pendidikan Negeri Selangor itu terutamanya melibatkan murid darjah satu hingga tiga yang terkesan akibat kekangan akses pembelajaran di sekolah ketika pandemik Covid-19.

“Angka yang kita perolehi dari Jabatan Pendidikan Negeri ini membabitkan murid darjah satu, dua dan tiga terutamanya, yang berdepan masalah literasi dan numerasi kebanyakannya terkesan secara langsung dari pandemik Covid-19.

“Jadi kita bukan hanya sebut lost generation (generasi tercicir) tetapi sekarang kita buat intervensi melalui PTRS supaya mereka dapat dididik dan dilatih lebih cekap dan lancar,” katanya.

Beliau berkata kepada media selepas majlis perasmian program Tekad Reformasi Pendidikan yang disempurnakan Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek di Hulu Langat, hari ini.

Dalam pada itu, ketika berucap pada majlis itu Amirudin berkata, PTRS yang ditawar secara percuma itu telah berjaya dimanfaatkan oleh lebih 120,000 pelajar tingkatan empat dan lima seluruh Selangor.

“PTRS bukan saja mampu melaksanakan sistem pengajaran dan pendidikan tambahan tetapi dapat bina satu modul pendidikan dibangunkan oleh pakar dan guru di bawah Jabatan Pendidikan Negeri Selangor dengan kos lebih kurang 10 kali ganda lebih rendah dari ditawarkan syarikat atau konsultan di luar.

“Hasilnya sudah ada, apabila gred purata negeri (Sijil Pelajaran Malaysia 2023) kita nampak lebih baik tahun lepas, meningkat daripada 4.8 (pada 2022) kepada 4.67,” katanya.

Related Posts

MPP UMS hargai keprihatinan, usaha universiti tangani gangguan bekalan air di kampus

KOTA KINABALU – Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Malaysia Sabah (UMS) menzahirkan penghargaan terhadap keprihatinan dan usaha pihak pengurusan universiti dalam menangani isu gangguan bekalan air yang sedang melanda kampus.‎‎Ketua…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Diwarmas rai Aidilfitri, seru warga emas terus kuasai ilmu digital

KUCHING – Majlis Ramah Tamah Aidilfitri anjuran Kelab Literasi Digital Warga Emas Kuching (Diwarmas) yang berlangsung pada Khamis meriah dengan semangat silaturahim dan ukhuwah komuniti. Acara yang menghimpunkan warga emas…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MPP UMS hargai keprihatinan, usaha universiti tangani gangguan bekalan air di kampus

  • By Ynom
  • April 16, 2026
MPP UMS hargai keprihatinan, usaha universiti tangani gangguan bekalan air di kampus

Diwarmas rai Aidilfitri, seru warga emas terus kuasai ilmu digital

Diwarmas rai Aidilfitri, seru warga emas terus kuasai ilmu digital

SSM santuni asnaf, bekas tentera sempena ulang tahun ke-24

SSM santuni asnaf, bekas tentera sempena ulang tahun ke-24

‎Teruskan berkhidmat, perkukuh sektor agromakanan Sabah – Jamawi

‎Teruskan berkhidmat, perkukuh sektor agromakanan Sabah – Jamawi

PDRM tingkat kawalan stesen minyak sempadan, Ops Tiris 4.0 digerakkan

PDRM tingkat kawalan stesen minyak sempadan, Ops Tiris 4.0 digerakkan

Exco akui kelemahan semakan jersi

Exco akui kelemahan semakan jersi