Jualan Rahmah MADANI rekod transaksi lebih RM350 juta

KUANTAN – Program Jualan Rahmah MADANI di seluruh negara dilaksanakan sebanyak 22,834 kali sehingga hujung Ogos lalu, dengan nilai jualan melebihi RM350 juta.

Ia sekali gus memberi manfaat kepada rakyat menerusi penawaran barangan keperluan pada harga lebih rendah.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Dr Fuziah Salleh berkata, jumlah itu dijangka terus meningkat dengan sasaran 30,000 Jualan Rahmah dilaksanakan sehingga hujung tahun ini.

“Sekarang sudah lebih RM350 juta dibelanjakan untuk Jualan Rahmah. Majoriti Jualan Rahmah yang kita adakan ialah Jualan Rahmah murah. Kita terus masuk ke kampung untuk cari rakyat, kita guna konsep ‘kedai cari rakyat’ untuk memastikan inisiatif sampai kepada rakyat,” katanya.

Beliau berkata, demikian selepas menghadiri Program MADANI Kita Bersama Komuniti Sungai Isap Damai di Dewan Serbaguna Sungai Isap Damai, di sini, hari ini.

Turut hadir Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti, Mohd Hisyamuddin Ghazali.

Kira-kira 3,000 penduduk di kawasan Sungai Isap Damai dan sekitar hadir memeriahkan program berkenaan.

Sementara itu, mengulas mengenai pelaksanaan BUDI95, Fuziah berkata, kira-kira 16 juta rakyat Malaysia menerima subsidi berkenaan, dengan nilai sekitar RM714 sebulan – bagi setiap penerima – berdasarkan harga RON95 semasa.

Menurutnya, pelaksanaan subsidi bersasar membolehkan kerajaan menyalurkan bantuan secara terus kepada rakyat.

“Ini yang kita namakan subsidi bersasar. Setiap rakyat merasakannya dan bukan lagi subsidi pukal. Kita KPDN, memastikan bahawa ketirisan itu kita banteras supaya kalau kita dapat banteras ketirisan,maka kita boleh salurkan lebih banyak lagi bantuan untuk rakyat. Insya-Allah”, katanya.

Tambahnya, lebih 8,000 pekerja gig di Kuantan menerima manfaat subsidi dengan nilai keseluruhan mencecah RM800 juta.

  • Related Posts

    Rakyat Malaysia makan lebih 32kg ayam dan unggas setahun, antara tertinggi dunia

    RAKYAT Malaysia menggunakan kira-kira 32.22 kilogram daging unggas seorang pada 2025, menunjukkan ayam dan produk unggas kekal antara sumber protein yang paling banyak menjadi pilihan dalam negara. Data terkini Statista…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca
    Program MADANI Kita jambatan penting kerajaan-rakyat – KP JKOM

    KUANTAN – Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM) akan menggerakkan 17 siri Program MADANI Kita (PMK) di seluruh negara bagi merapatkan jurang komunikasi antara kerajaan dan rakyat di peringkat akar umbi. Menyifatkan…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca

    Perlu dibaca

    MMKN tiada kuasa gantung tugas SUK, Penasihat Undang-Undang Negeri Sembilan – AGC

    MMKN tiada kuasa gantung tugas SUK, Penasihat Undang-Undang Negeri Sembilan – AGC

    Penggantungan SUK, Penasihat Undang-Undang: AMK Negeri Sembilan mahu penjelasan segera

    Penggantungan SUK, Penasihat Undang-Undang: AMK Negeri Sembilan mahu penjelasan segera

    MPNPHNS saran siasatan menyeluruh dakwaan usaha singkir Tuanku Muhriz

    MPNPHNS saran siasatan menyeluruh dakwaan usaha singkir Tuanku Muhriz

    Kecewa cara UMNO urus kemelut Tuanku Muhriz, ketua cawangan letak jawatan

    Kecewa cara UMNO urus kemelut Tuanku Muhriz, ketua cawangan letak jawatan

    Kontinjen Orang Asli tampil memeriahkan sambutan Maulidur Rasul Jengka

    Kontinjen Orang Asli tampil memeriahkan sambutan Maulidur Rasul Jengka

    China Eastern rancang tambah penerbangan Shanghai–Kota Kinabalu hingga tiga kali sehari

    • By Ezmie
    • September 22, 2026
    China Eastern rancang tambah penerbangan Shanghai–Kota Kinabalu hingga tiga kali sehari