SPRM beri sebulan kepada Azeez, keluarga isytihar harta

KAJANG – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberi tempoh sebulan kepada bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Datuk Seri Azeez Abdul Rahim dan ahli keluarganya untuk mengisytiharkan harta masing-masing.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman berkata, notis berhubung perkara itu sudah diserahkan kepada Azeez serta ahli keluarganya, termasuk anak-anak, minggu ini mengikut peruntukan undang-undang.

Katanya, borang berkaitan turut diberikan kepada pihak terbabit bagi membolehkan pengisytiharan dan pelaporan harta dibuat kepada SPRM.

“Kami juga sudah menyerahkan notis kepada Datuk Seri Azeez dan ahli keluarganya untuk mengisytiharkan hartanya dalam tempoh sebulan seperti yang diperuntukkan di bawah undang-undang.

“Notis berkenaan disampaikan kepada beliau dan ahli keluarganya dan ada borang tertentu diberikan bagi pelaporan harta tersebut dilakukan atau dilaporkan kepada pihak SPRM,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Program Menembak SPRM Bersama Media di Maktab Penjara Kajang, hari ini.

Pada 9 September lalu, Azeez didakwa atas satu pertuduhan mengikut Seksyen 23 Akta SPRM.

Sementara itu, Abd Halim berkata, setakat 18 September lalu, SPRM sudah mendakwa enam individu berkaitan lapan isu atau kes dalam rangka siasatan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji (TH).

Katanya, lima lagi siasatan berkaitan RCI TH masih berjalan.

Related Posts

MBSJ kutip 426 bangkai tikus selepas operasi racun

SUBANG JAYA – Sebanyak 426 bangkai tikus berjaya dikutip dalam operasi pembersihan yang dilaksanakan Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) di sekitar kawasan SS15, semalam. MBSJ berkata, operasi berkenaan susulan tindakan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PH terbuka penjajaran politik baharu, setiap negeri ada dinamik tersendiri – Fahmi

PAKATAN Harapan (PH) tidak menolak kemungkinan berlaku penjajaran politik baharu susulan dinamika politik semasa yang berbeza mengikut keadaan dan keunikan setiap negeri. Pengarah Komunikasi PH, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MBSJ kutip 426 bangkai tikus selepas operasi racun

MBSJ kutip 426 bangkai tikus selepas operasi racun

PH terbuka penjajaran politik baharu, setiap negeri ada dinamik tersendiri – Fahmi

PH terbuka penjajaran politik baharu, setiap negeri ada dinamik tersendiri – Fahmi

Pesta Kanowit 2026 jadi pemangkin ekonomi, perpaduan komuniti

Pesta Kanowit 2026 jadi pemangkin ekonomi, perpaduan komuniti

Pelaksanaan MA63 bawa perubahan ketara kepada Sabah, Sarawak

  • By Fatin
  • September 20, 2026
Pelaksanaan MA63 bawa perubahan ketara kepada Sabah, Sarawak

Naikkan cukai rokok mampu bendung perokok muda – CAP

Naikkan cukai rokok mampu bendung perokok muda – CAP

Tahanan rumah belum bermula, Najib kekal di Penjara Kajang

Tahanan rumah belum bermula, Najib kekal di Penjara Kajang