Sarawak teroka inisiatif digital atasi jurang guru pakar sains dan matematik

SIBU – Isu kekurangan dan jurang kepakaran tenaga pengajar antara sekolah di Sarawak berpotensi ditangani menerusi penggunaan teknologi digital yang membolehkan guru berkemahiran khusus berkongsi kepakaran dengan pelajar di sekolah lain secara silang lokasi.

Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Datuk Dr Annuar Rapaee berkata, pendekatan berkonsepkan ‘master classroom‘ itu sedang diteroka secara serius, terutamanya bagi menampung keperluan pengajaran mata pelajaran kritikal seperti Sains dan Matematik.

Jelas beliau, inisiatif berkenaan mampu menghubungkan guru beropsyen khusus dengan murid di sekolah-sekolah yang kekurangan pakar dalam subjek tersebut, sekali gus mewujudkan peluang pembelajaran yang lebih seimbang.

“Pendekatan ini akan memperkukuh kesaksamaan pendidikan supaya murid di seluruh Sarawak mempunyai peluang menikmati kualiti pembelajaran yang sama tanpa mengira lokasi geografi sekolah mereka,” katanya ketika berucap pada majlis The Commemoration of Sibu Digital Innovation Hub Expansion pada Jumaat.

Menurut Dr Annuar, perbincangan awal bersama Perbadanan Ekonomi Digital Sarawak (SDEC) berhubung penerokaan konsep tersebut telah dimulakan.

Dalam masa sama, Universiti Teknologi Sarawak (UTS) turut dipertanggungjawabkan untuk memperhalusi kaedah pelaksanaannya agar selari dengan keperluan semasa ekosistem pendidikan negeri.

Tambah beliau, kerjasama strategik merangkumi SDEC, Hab Inovasi Digital (DIH) Sibu dan UTS juga dilihat mampu merancakkan minat pelajar terhadap bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik (STEM) melalui penyampaian kandungan yang lebih meluas dan interaktif.

Menyentuh mengenai majlis peluasan operasi DIH Sibu, beliau menyifatkan inisiatif itu sebagai satu lonjakan penting dalam memperkukuh ekosistem digital setempat, khususnya dalam memacu program inovasi, pembangunan kemahiran digital, serta menyokong keusahawanan komuniti.

Untuk rekod, sejak mula beroperasi pada 2022, DIH Sibu telah berjaya menghimpunkan lebih 3,630 peserta menerusi 157 sesi latihan komprehensif dengan mendapat bimbingan lebih daripada 90 jurulatih profesional.

Foto: Facebook YB Annuar Rapaee

Related Posts

Imigresen Sabah pindah 5,233 PATI sejak Januari

LAHAD DATU – Seramai 5,233 orang Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) dihantar pulang ke negara masing-masing sejak 1 Januari tahun ini hingga Khamis. Jabatan Imigresen Sabah memaklumkan, daripada jumlah itu,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kenderaan berat dilarang guna Jalan Dam sepanjang Ijtimak

LAHAD DATU – Semua kenderaan berat termasuk lori tidak dibenarkan memasuki dan menggunakan laluan Jalan Dam sepanjang berlangsungnya Program Ijtimak bermula 25 hingga 27 September ini. Ketua Polis Daerah Lahad…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Imigresen Sabah pindah 5,233 PATI sejak Januari

  • By Ezmie
  • September 19, 2026
Imigresen Sabah pindah 5,233 PATI sejak Januari

Kenderaan berat dilarang guna Jalan Dam sepanjang Ijtimak

  • By Fatin
  • September 19, 2026
Kenderaan berat dilarang guna Jalan Dam sepanjang Ijtimak

Pelajar luar bandar diseru rebut peluang pendidikan tinggi

Pelajar luar bandar diseru rebut peluang pendidikan tinggi

Sarawak teroka inisiatif digital atasi jurang guru pakar sains dan matematik

Sarawak teroka inisiatif digital atasi jurang guru pakar sains dan matematik

‎Kestabilan penting pastikan agenda MA63 terus dijayakan – Mustapha

  • By Ezmie
  • September 19, 2026
‎Kestabilan penting pastikan agenda MA63 terus dijayakan – Mustapha

Kane bantu Bayern belasah Union Berlin 7-0

Kane bantu Bayern belasah Union Berlin 7-0