‎Kestabilan penting pastikan agenda MA63 terus dijayakan – Mustapha

KOTA KINABALU – Kestabilan politik penting bagi memastikan usaha menyelesaikan tuntutan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang masih berbaki serta penambahbaikan peruntukan kewangan untuk pembangunan Sabah dan Sarawak dapat terus diberikan perhatian.

‎Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak), Datuk Mustapha Sakmud berkata, kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim diperlukan bagi memastikan fokus Kerajaan MADANI terhadap kepentingan kedua-dua negeri itu dapat diteruskan.

‎“Bagi rakyat Borneo, kepimpinan Datuk Seri amat diperlukan agar fokus Kerajaan MADANI memenuhi tuntutan MA63 yang belum selesai serta menambah baik peruntukan kewangan demi pembangunan Sabah dan Sarawak perlu terus dijayakan.

‎“Justeru, seluruh kekuatan harus ditumpukan kepada kestabilan politik dengan meneruskan dokongan kepada pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk meneruskan agenda reformasi dan pemulihan ekonomi,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan mengulas keputusan Lembaga Pengampunan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya berhubung pengampunan bersyarat terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Sabtu.

‎Mustapha yang juga Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) KEADILAN Sabah berkata, keputusan berkenaan perlu dihormati kerana dibuat menurut kerangka Perlembagaan dan kuasa Yang di-Pertuan Agong.

‎“Sesiapa yang melakukan kesalahan jenayah terutamanya berkaitan salah laku kuasa dan rasuah hendaklah dipertanggungjawabkan mengikut peruntukan undang-undang tanpa mengira pangkat atau pengaruh.

‎“Seperti yang dinyatakan dengan tegas oleh Peguam Negara, pengampunan bersyarat ini hanya terpakai dengan kes SRC sahaja.

‎“Maknanya, kes-kes lain akan dibicarakan seadil-adilnya berdasarkan lunas undang-undang,” katanya.

‎Tambah Mustapha, Malaysia mesti kekal sebagai negara hukum yang menjunjung integriti dan kebebasan institusi.

‎”Penghormatan terhadap Perlembagaan tidak bermaksud prinsip keadilan dan kedaulatan undang-undang harus diketepikan.

‎”Keyakinan terhadap sistem perundangan dan pentadbiran negara merupakan antara asas penting dalam memperkukuh kepercayaan rakyat serta mengekalkan Malaysia sebagai destinasi pelaburan yang diyakini,” tegasnya.

‎Pada Jumaat, Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim memperkenan pengampunan bersyarat kepada Najib untuk menjalani baki hukuman secara tahanan di rumah sehingga 23 Ogos 2028, tertakluk kepada pembayaran denda RM50 juta.

‎Keputusan itu dibuat dalam Mesyuarat Lembaga Pengampunan Ke-64 bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya di Istana Negara pada 18 September.

‎Najib turut diwajibkan mematuhi syarat ditetapkan, dengan pengampunan bersyarat itu boleh terbatal sekiranya berlaku ketidakpatuhan dan beliau perlu meneruskan baki hukuman di penjara.

‎Beliau sebelum ini menjalani hukuman di Penjara Kajang sejak 23 Ogos 2022 selepas sabitan berhubung penyelewengan RM42 juta dana SRC International.

‎Hukuman asal penjara 12 tahun dan denda RM210 juta sebelum ini dikurangkan kepada enam tahun penjara serta denda RM50 juta menerusi keputusan Lembaga Pengampunan pada 2024.

Related Posts

Sarawak teroka inisiatif digital atasi jurang guru pakar sains dan matematik

SIBU – Isu kekurangan dan jurang kepakaran tenaga pengajar antara sekolah di Sarawak berpotensi ditangani menerusi penggunaan teknologi digital yang membolehkan guru berkemahiran khusus berkongsi kepakaran dengan pelajar di sekolah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penjawat awam didakwa rancang ‘kehilangan’ Vellfire untuk tuntut insurans

PADANG BESAR – Seorang penjawat awam disyaki berpakat dengan saudara kandungnya untuk membuat laporan mengenai kehilangan Toyota Vellfire milik isterinya bagi membolehkan tuntutan insurans dibuat susulan masalah kewangan. Ketua Polis…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sarawak teroka inisiatif digital atasi jurang guru pakar sains dan matematik

Sarawak teroka inisiatif digital atasi jurang guru pakar sains dan matematik

‎Kestabilan penting pastikan agenda MA63 terus dijayakan – Mustapha

  • By Ezmie
  • September 19, 2026
‎Kestabilan penting pastikan agenda MA63 terus dijayakan – Mustapha

Kane bantu Bayern belasah Union Berlin 7-0

Kane bantu Bayern belasah Union Berlin 7-0

Tiada individu atasi undang-undang, prinsip kesaksamaan mesti ditegakkan – PH

Tiada individu atasi undang-undang, prinsip kesaksamaan mesti ditegakkan – PH

Penjawat awam didakwa rancang ‘kehilangan’ Vellfire untuk tuntut insurans

Penjawat awam didakwa rancang ‘kehilangan’ Vellfire untuk tuntut insurans

Kepantasan bomba selamat 210 rumah daripada musnah dijilat api

  • By Fatin
  • September 18, 2026
Kepantasan bomba selamat 210 rumah daripada musnah dijilat api