
TAWAU – Tindakan pantas bomba berjaya menyelamatkan kira-kira 210 rumah daripada musnah dalam insiden kebakaran di Kampung Titingan, pada Jumaat.
Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah dalam kenyataan memaklumkan, kebakaran itu memusnahkan dua rumah dan empat lot kedai.
“Sebaik menerima panggilan pukul 5.03 pagi, sepasukan anggota bersama jentera digerakkan ke lokasi.
“Operasi pemadaman kemudian dijalankan menggunakan sumber air dari jentera dan pili bomba berhampiran,” menurut JBPM Sabah.

Operasi turut dibantu Pasukan Bomba Komuniti Titingan selain tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian itu.
Operasi tamat 8.29 pagi selepas kawasan sekitar dipastikan selamat.




