Anwar bukan mahu raih politik, rakyat perlu tahu ‘pucuk pangkal’ isu Rohingya

PUTRAJAYA – Angkatan Muda Keadilan (AMK) menyangkal sentimen bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyalahkan pentadbiran terdahulu berkait isu pengurusan krisis pelarian etnik Rohingya di Malaysia, hanya sekadar untuk meraih modal politik.

Naib Ketua AMK, Dr Mohammed Taufiq Johari berkata, pihaknya telah meneliti kenyataan terbaru melontarkan pelbagai tuduhan terhadap Perdana Menteri berhubung perkara itu.

Beliau berkata, dakwaan bahawa langkah kerajaan hari ini ‘memalukan, tidak berakhlak dan mencemar imej negara’, gagal mengambil kira realiti keselamatan domestik serta kerumitan diplomasi serantau yang dihadapi kerajaan sejak sekian lama.

“AMK menolak naratif bahawa Perdana Menteri menyalahkan pentadbiran terdahulu, sekadar untuk meraih modal politik.

“Sejarah menunjukkan langkah kemanusiaan yang diambil pada masa lalu tidak disusuli dengan sebarang pelan pengurusan sempadan atau ‘exit strategy’ yang jelas. Justeru, ini adalah satu kelompongan dasar yang kesannya masih ditanggung negara hingga hari ini.

“Apabila Anwar ketika dalam penjara pada 2016 menggesa tindakan diambil, beliau menuntut campur tangan kemanusiaan yang strategik dan penyelesaian politik pada peringkat ASEAN, bukan dasar populis yang dibiarkan tanpa pemantauan jangka panjang,” katanya menerusi kenyataan, pada Jumaat.

Dalam pada itu, Mohammed Taufiq memaklumkan, Menteri Belia dan Sukan itu berkata, justeru tiada percanggahan antara pendirian Anwar ketika itu dengan langkah berstruktur yang sedang dilaksanakan sekarang.

Menurut beliau, dakwaan yang menyamakan rundingan diplomatik bersama pemimpin Myanmar, dengan hubungan bersama rejim Israel, adalah perbandingan tidak tepat dari segi undang-undang dan diplomasi.

“Myanmar adalah negara jiran serantau kita dalam ASEAN, dan satu-satunya jalan sah untuk membolehkan penghantaran pulang etnik Rohingya ke tanah asal mereka ialah melalui persetujuan kerajaan ke kerajaan (G2G).

“Enggan berunding dengan Myanmar hanya akan mengekalkan status pelarian ini di Malaysia tanpa penyelesaian, malah keadaan berkenaan juga sesuatu yang tidak adil kepada pelarian itu sendiri mahupun rakyat Malaysia,” katanya.

Berhubung tuduhan pelanggaran prinsip ‘non-refoulement’ pula, Dr Mohammed Taufiq berkata, usaha yang digerakkan Anwar adalah penghantaran pulang secara berperingkat yang bermula dengan 5,000 orang hasil persetujuan rasmi Myanmar untuk menerima mereka semula, disertai proses pemantauan dan kerjasama serantau.

“Ini adalah langkah berstruktur yang berbeza sama sekali dengan tindakan pengusiran secara membuta tuli.

“Di sebalik komitmen kemanusiaan Malaysia yang melangkaui kapasiti domestik, proses penempatan semula pelarian oleh Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Untuk Pelarian (UNHCR) ke negara ketiga kekal bergerak pada kadar amat mengecewakan,” katanya.

Bagi merapatkan jurang itu, beliau berkata, Kementerian Dalam Negeri sudah mengambil langkah proaktif menerusi Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bermula 1 Januari lalu bagi menguruskan pangkalan data identiti serta biometrik pelarian secara mandiri dan berdaulat.

“AMK memahami kegusaran sebahagian masyarakat tempatan berhubung kesan sosial ketiadaan kerangka pengurusan yang jelas selama ini. Maka, kegusaran ini amat wajar ditangani melalui dasar yang teratur, bukan diabaikan begitu saja.

“Reformasi sebenar bukan sekadar melaungkan slogan hak asasi manusia untuk didengari di telinga masyarakat antarabangsa, tetapi keberanian membuat keputusan sukar dan tidak popular demi melindungi kelangsungan ekonomi, keselamatan dan masa depan rakyat negara, sekali gus tidak mengetepikan tanggungjawab kemanusiaan Malaysia,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan MADANI tidak akan membiarkan rakyat tempatan terus menjadi mangsa keadaan akibat kelompongan dasar masa lalu.

“Langkah pragmatik Perdana Menteri adalah satu permulaan konkrit ke arah menoktahkan krisis yang sudah lama membarah tanpa sebarang penyelesaian tuntas,” katanya.

Related Posts

Najib dibenar tahanan di rumah dengan syarat bayar denda RM50 juta – BHEUU

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak dibenarkan menjalani baki hukuman penjara secara tahanan di rumah sehingga 23 Ogos 2028, tertakluk kepada syarat pembayaran denda RM50 juta. Keputusan itu dibuat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kertas siasatan Noorazli isu paderi dibawa kepada Peguam Negara Sabtu ini

KUALA LUMPUR – Kertas siasatan berhubung ucapan perwakilan Selangor, Datuk Noorazli Said semasa Perhimpunan Agung UMNO 2026 akan diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara esok untuk arahan dan nasihat selanjutnya. Pengarah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Najib dibenar tahanan di rumah dengan syarat bayar denda RM50 juta – BHEUU

Najib dibenar tahanan di rumah dengan syarat bayar denda RM50 juta – BHEUU

Tiga penuntut UNIMAS juara pertandingan IC Design Competition, bawa pulang RM20,000

Tiga penuntut UNIMAS juara pertandingan IC Design Competition, bawa pulang RM20,000

Sabah catat peningkatan 25.5 peratus ketibaan pelawat China

Sabah catat peningkatan 25.5 peratus ketibaan pelawat China

Perkasakan peranan FWCMS demi banteras warga asing

Perkasakan peranan FWCMS demi banteras warga asing

Polis nasihat penduduk sekitar Tasik Bera beri kerjasama kepada penguat kuasa

Polis nasihat penduduk sekitar Tasik Bera beri kerjasama kepada penguat kuasa

Kertas siasatan Noorazli isu paderi dibawa kepada Peguam Negara Sabtu ini

Kertas siasatan Noorazli isu paderi dibawa kepada Peguam Negara Sabtu ini