Tahanan rumah Najib: ‘Saya tidak pernah tandatangani’ – Hannah Yeoh

MENTERI di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh menafikan pernah menandatangani dokumen berkaitan perintah tahanan rumah yang dikaitkan dengan permohonan pengampunan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Sehubungan itu, Hannah menggesa penyebaran dokumen palsu itu dihentikan selain memaklumkan Setiausaha Akhbar beliau telah membuat laporan kepada pihak berkuasa.

“Saya tidak pernah menandatangani perintah tahanan rumah seperti yang sedang tular di media sosial.

“Lembaga Pengampunan masih belum bersidang. Tolong jangan sebarkan dokumen palsu ini. Setiausaha Akhbar saya telah membuat laporan kepada pihak berkuasa,” katanya menerusi hantaran di Facebook miliknya, pada Jumaat.

Terdahulu tular di media sosial dokumen yang mendakwa Lembaga Pengampunan Wilayah-Wilayah Persekutuan telah bersetuju supaya Najib menjalani baki hukumannya di bawah tahanan rumah.

Dokumen berkenaan yang turut memaparkan imej didakwa sebagai mohor diraja, mendakwa Lembaga Pengampunan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya bersetuju supaya Najib diberikan pengampunan.

Ia turut mendakwa Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim yang mempengerusikan Lembaga Pengampunan memerintahkan Najib menjalani baki hukumannya di bawah tahanan rumah di kediamannya.

Selain itu, dokumen sama mendakwa Najib masih perlu membayar semua denda yang dikenakan terhadapnya dan akan dikenakan tambahan hukuman penjara setahun jika gagal berbuat demikian.

Dokumen itu tersebar ketika media melaporkan Lembaga Pengampunan dijangka bersidang semula hari ini untuk mempertimbangkan permohonan Najib iaitu seminggu selepas perkara tersebut ditangguhkan.

Pada 11 September lalu, Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang Jabatan Perdana Menteri memaklumkan Yang di-Pertuan Agong berkenan menangguhkan pertimbangan permohonan Najib ke mesyuarat Lembaga Pengampunan akan datang.

Related Posts

Najib dibenar tahanan di rumah dengan syarat bayar denda RM50 juta – BHEUU

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak dibenarkan menjalani baki hukuman penjara secara tahanan di rumah sehingga 23 Ogos 2028, tertakluk kepada syarat pembayaran denda RM50 juta. Keputusan itu dibuat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kertas siasatan Noorazli isu paderi dibawa kepada Peguam Negara Sabtu ini

KUALA LUMPUR – Kertas siasatan berhubung ucapan perwakilan Selangor, Datuk Noorazli Said semasa Perhimpunan Agung UMNO 2026 akan diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara esok untuk arahan dan nasihat selanjutnya. Pengarah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Najib dibenar tahanan di rumah dengan syarat bayar denda RM50 juta – BHEUU

Najib dibenar tahanan di rumah dengan syarat bayar denda RM50 juta – BHEUU

Tiga penuntut UNIMAS juara pertandingan IC Design Competition, bawa pulang RM20,000

Tiga penuntut UNIMAS juara pertandingan IC Design Competition, bawa pulang RM20,000

Sabah catat peningkatan 25.5 peratus ketibaan pelawat China

Sabah catat peningkatan 25.5 peratus ketibaan pelawat China

Perkasakan peranan FWCMS demi banteras warga asing

Perkasakan peranan FWCMS demi banteras warga asing

Polis nasihat penduduk sekitar Tasik Bera beri kerjasama kepada penguat kuasa