MDTelupid laksana pembayaran digital sepenuhnya mulai 14 September

TELUPID – Majlis Daerah Telupid (MDTelupid) melaksanakan sistem pembayaran secara dalam talian sepenuhnya bermula 14 September 2026.

MDTelupid dalam satu kenyataan pada Isnin memaklumkan, semua urusan pembayaran di kaunter fizikal tidak lagi menerima wang tunai. Sebaliknya, bayaran hanya boleh dibuat secara digital menerusi kaunter hibrid DuitNow QR serta perbankan internet (FPX).

Selaras dengan pelaksanaan pembayaran tanpa tunai itu, MDTelupid turut memperkenalkan aplikasi PBT Pay bagi memudahkan orang ramai membuat semakan dan pembayaran secara dalam talian.

Aplikasi berkenaan membolehkan pengguna menguruskan bayaran cukai taksiran, lesen perniagaan dan kompaun dengan lebih pantas, mudah serta selamat menerusi telefon pintar.

Orang ramai yang mempunyai pertanyaan berkaitan pelaksanaan sistem berkenaan boleh menghubungi MDTelupid di talian 089-521458 atau menerusi WhatsApp 010-976 6684.

Sebarang pertanyaan juga boleh diajukan melalui emel majlisdaerahtelupid@gmail.com.

Related Posts

Tabung Kasih@HAWANA santuni waris tokoh wartawan Sarawak, mendiang James Alexander Ritchie

KUCHING – Kementerian Komunikasi menerusi inisiatif Tabung Kasih@HAWANA X TM terus menghargai jasa para pengamal media dengan menyantuni waris tokoh wartawan veteran Sarawak, mendiang James Alexander Ritchie di kediamannya pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Capaian internet BCCK ditingkatkan kepada 2 Gbps sempena Hari Malaysia 2026

KUCHING – Kementerian Komunikasi memberi jaminan bahawa kelancaran capaian internet di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) berada pada tahap optimum bagi menampung keperluan sekitar 5,000 tetamu sempena malam kemuncak Sambutan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‘Wan Azizah banyak urus keluarga, saya bukan bapa ideal’ – PMX

‘Wan Azizah banyak urus keluarga, saya bukan bapa ideal’ – PMX

Anwar tetap pilih reformasi walaupun dipukul setengah mati dalam lokap

Anwar tetap pilih reformasi walaupun dipukul setengah mati dalam lokap

Keputusan hebahkan RCI TH dilaksana Jemaah Menteri bukan Anwar Ibrahim

Keputusan hebahkan RCI TH dilaksana Jemaah Menteri bukan Anwar Ibrahim

PM jemput Presiden Myanmar bincang isu Rohingya

PM jemput Presiden Myanmar bincang isu Rohingya

Tabung Kasih@HAWANA santuni waris tokoh wartawan Sarawak, mendiang James Alexander Ritchie

Tabung Kasih@HAWANA santuni waris tokoh wartawan Sarawak, mendiang James Alexander Ritchie

MCMC pantau media sosial secara berterusan, kerjasama rapat dengan PDRM

MCMC pantau media sosial secara berterusan, kerjasama rapat dengan PDRM