Tiga wartawan TMP wakil Malaysia ke program Latihan Kewartawanan Perang di Ankara

TURKIYE – Anadolu Agency (AA) pada 14 September 2026 melancarkan Program Latihan Kewartawanan Perang edisi ke-30 bagi memperkukuh kemahiran serta kesiapsiagaan pengamal media dalam membuat liputan di kawasan konflik dan situasi berisiko tinggi.

Program latihan selama 12 hari itu disertai 25 wartawan, dengan 16 peserta terdiri daripada pengamal media dari negara-negara Asia Tenggara dan Pasifik termasuk Malaysia, Indonesia, Vietnam, Laos, Kemboja, Filipina dan Papua New Guinea.

Latihan yang dianjurkan oleh Anadolu Agency dengan kerjasama Turkish Police Academy dan Turkish Cooperation and Coordination Agency (TİKA) itu memberi penekanan kepada aspek keselamatan serta kemahiran praktikal yang diperlukan wartawan ketika menjalankan tugasan di kawasan konflik.

Antara modul yang ditawarkan termasuk pertolongan cemas, keselamatan diri, pengenalan periuk api dan bahan letupan, balistik, kemahiran hidup, pemanduan lanjutan serta undang-undang konflik bersenjata.

Program pada edisi kali ini turut memberi perhatian kepada cabaran baharu yang dihadapi pengamal media susulan perkembangan teknologi dan peperangan moden.

Antara topik yang diketengahkan ialah penyebaran disinformasi, keselamatan teknologi dan maklumat ketika situasi kecemasan serta langkah perlindungan daripada ancaman dron FPV.

Buat pertama kali, program berkenaan turut memasukkan kursus berkaitan geopolitik Asia bagi membantu peserta memahami perkembangan geopolitik dan dinamik keselamatan serantau.

Menurut Anadolu, sebanyak 29 edisi program latihan berkenaan telah dilaksanakan sebelum ini dengan melibatkan seramai 654 profesional media tempatan dan antarabangsa.

Penganjuran program edisi ke-30 itu mencerminkan peningkatan keperluan terhadap latihan keselamatan dan profesionalisme dalam kalangan wartawan yang ditugaskan membuat liputan konflik, khususnya dalam persekitaran media yang semakin terdedah kepada ancaman fizikal, teknologi dan maklumat.

Secara keseluruhannya, program latihan kali ini membabitkan tiga peserta dari Malaysia, tiga dari Papua New Guinea, Filipina (1), Indonesia (1), Vietnam (4), Kemboja (2), Laos (2) dan sembilan peserta tuan rumah, Turkiye.

Penglibatan wartawan dari Malaysia bersama negara-negara Asia Tenggara dan Pasifik dalam program berkenaan turut memberi peluang kepada pengamal media rantau ini meningkatkan keupayaan menghadapi situasi kecemasan serta memahami cabaran liputan konflik dalam konteks geopolitik semasa.

Related Posts

Proklamasi pelucutan Tuanku Muhriz bercanggah adat, undang-undang – Pakar

PROKLAMASI berkaitan pelucutan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, bercanggah dengan adat dan undang-undang negeri, kata Pakar Undang-Undang, Prof Emeritus Datuk Noor Aziah Mohd Awal. Beliau berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PM Anwar mahu Malaysia-India perkukuh sinergi E&E, semikonduktor

KERALAM – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu Malaysia dan India memanfaatkan kekuatan masing-masing dalam sektor elektrik dan elektronik (E&E) serta semikonduktor bagi memperluas kerjasama ekonomi bernilai tinggi antara…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kualiti Rumah Ru’RASA perlu diberi keutamaan – Sultan Pahang

Kualiti Rumah Ru’RASA perlu diberi keutamaan – Sultan Pahang

Hormati semua agama, pemimpin politik Semenanjung diseru contohi keharmonian Sarawak

Hormati semua agama, pemimpin politik Semenanjung diseru contohi keharmonian Sarawak

Anak Orang Asli boleh terus belajar hingga Tingkatan 5 di SK Bihai

Anak Orang Asli boleh terus belajar hingga Tingkatan 5 di SK Bihai

MDTelupid laksana pembayaran digital sepenuhnya mulai 14 September

  • By Fandi
  • September 15, 2026
MDTelupid laksana pembayaran digital sepenuhnya mulai 14 September

Tiga wartawan TMP wakil Malaysia ke program Latihan Kewartawanan Perang di Ankara

Tiga wartawan TMP wakil Malaysia ke program Latihan Kewartawanan Perang di Ankara

Pemuda UPKO, Warisan buat laporan polis isu kenyataan Noorazli

  • By Ezmie
  • September 15, 2026
Pemuda UPKO, Warisan buat laporan polis isu kenyataan Noorazli