BN Sabah kesal ucapan Noorazli, gesa tidak jadikan agama bahan gurauan

KOTA KINABALU – Barisan Nasional (BN) Sabah menggesa Ketua UMNO Bahagian Sepang, Datuk Noorazli Said memohon maaf secara terbuka susulan ucapannya yang menyentuh agama Kristian dalam Perhimpunan Agung UMNO 2026.

Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Arthur Joseph Kurup berkata, permohonan maaf itu perlu dibuat tanpa berselindung atau memberikan sebarang alasan, khususnya kepada masyarakat Kristian yang tersinggung dengan ucapan berkenaan.

“Saya mendesak Datuk Noorazli Said supaya memohon maaf secara terbuka dan tanpa sebarang alasan atau berselindung, khususnya kepada seluruh rakyat Malaysia beragama Kristian yang sudah tersinggung dan terluka dengan ucapan tersebut.

“Perbezaan politik tidak pernah memberikan lesen kepada sesiapa untuk mempermainkan agama dan kepercayaan penganut lain demi mendapatkan gelak ketawa atau tepukan orang ramai.

“Politik ada batas, kebebasan bersuara datang bersama tanggungjawab dan agama bukan bahan permainan,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Menurut Arthur, alasan ucapan itu sekadar gurauan tidak seharusnya digunakan untuk menutup kesan serta sensitiviti yang timbul dalam kalangan masyarakat.

“Kita boleh berbeza pandangan politik, mengkritik dasar dan berdebat dengan tegas. Namun, apabila agama dan kepercayaan orang lain dijadikan bahan gurauan, kita telah melangkaui batas kewajaran dan tanggungjawab sebagai seorang pemimpin.

“Alasan bahawa ia sekadar ‘gurauan’ tidak seharusnya dijadikan alasan untuk menutup kesan dan sensitiviti yang ditimbulkan,” katanya.

Tambahnya, semua pemimpin politik perlu menghormati Perlembagaan dan undang-undang serta tidak menyentuh isu berkaitan kaum, agama dan institusi diraja (3R) secara sewenang-wenangnya.

“Negara ini mempunyai Perlembagaan dan undang-undang yang perlu dihormati bagi menjaga ketenteraman awam, keharmonian serta hubungan antara masyarakat.

“BN dibentuk berasaskan prinsip perpaduan, kestabilan dan kebersamaan rakyat berbilang kaum serta agama yang perlu dipertahankan secara konsisten.

“Kita tidak boleh bercakap mengenai perpaduan pada satu ketika, tetapi pada ketika lain membiarkan agama orang lain dijadikan bahan jenaka politik.

“Prinsip ini mesti kita pegang secara konsisten, bukan hanya apabila ia menguntungkan kita,” tegasnya.

Beliau turut menyeru semua pemimpin tanpa mengira ideologi politik supaya lebih bertanggungjawab dalam setiap ucapan, terutama apabila menyentuh perkara berkaitan 3R yang bukan hanya membakar sentimen, sebaliknya negara memerlukan kepimpinan yang menyatukan masyarakat.

Pada Isnin, Ketua UMNO Bahagian Sepang, itu membuat permohonan maaf di laman sosialnya selepas menerima pelbagai desakan membuat permohonan maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia.

Related Posts

Pemuda UPKO, Warisan buat laporan polis isu kenyataan Noorazli

LABUAN – Pergerakan Pemuda UPKO dan Pergerakan Generasi Muda UPKO Labuan membuat laporan polis berhubung kenyataan Ketua UMNO Bahagian Sepang, Datuk Noorazli Said yang didakwa menyentuh isu kaum, agama dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penglibatan anak muda beri dimensi baharu Sambutan Hari Malaysia di Sabah

KOTA KINABALU – Penglibatan seramai 300 pelajar daripada pelbagai institusi pengajian tinggi dalam persembahan khas dijangka memberi dimensi baharu kepada Sambutan Hari Malaysia peringkat Negeri Sabah, pada 16 September ini…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemuda UPKO, Warisan buat laporan polis isu kenyataan Noorazli

  • By Ezmie
  • September 15, 2026
Pemuda UPKO, Warisan buat laporan polis isu kenyataan Noorazli

Penglibatan anak muda beri dimensi baharu Sambutan Hari Malaysia di Sabah

  • By Ezmie
  • September 15, 2026
Penglibatan anak muda beri dimensi baharu Sambutan Hari Malaysia di Sabah

Malaysia nombor dua Asia Tenggara bagi prestasi penstriman internet

Malaysia nombor dua Asia Tenggara bagi prestasi penstriman internet

SPRM ingatkan masyarakat jangan mudah percaya maklumat tular

SPRM ingatkan masyarakat jangan mudah percaya maklumat tular

Leeds belasah Newcastle 4-1

Leeds belasah Newcastle 4-1

Jerebu semakin meruncing, Maxim edar pelitup muka percuma buat penumpang

Jerebu semakin meruncing, Maxim edar pelitup muka percuma buat penumpang