Salleh gesa Noorazli mohon maaf secara terbuka

KOTA KINABALU – Ketua UMNO Bahagian Sepang, Datuk Noorazli Said digesa memohon maaf secara terbuka dan ikhlas susulan ucapannya yang menyentuh agama Kristian dalam Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026.

Bendahari UMNO Sabah, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata, jenaka berunsur seksual yang mengaitkan paderi dan biarawati Katolik tidak boleh diterima tanpa mengira niat di sebalik penyampaiannya.

“Walau apa pun niatnya, membuat jenaka berunsur seksual membabitkan biarawati dan paderi Katolik adalah tidak boleh diterima.

“Agama dan tokoh agama mesti sentiasa dihormati,” ujarnya menerusi hantaran di Facebook pada Isnin.

Menurut Salleh, Noorazli perlu bertanggungjawab terhadap kenyataan berkenaan kerana isu itu bukan berkaitan perbezaan politik, sebaliknya melibatkan batas penghormatan terhadap agama lain.

“Pemimpin UMNO berkenaan wajar memohon maaf secara terbuka dan ikhlas.

“Ini bukan soal politik. Ini soal rasa hormat, tanggungjawab dan memahami batas yang tidak sepatutnya dilanggar,” katanya.

Tambah bekas Ketua Menteri Sabah itu, masyarakat di negeri ini telah lama hidup dalam suasana harmoni meskipun terdiri daripada pelbagai kaum, agama dan kepercayaan.

“Di Sabah, umat Islam, Kristian dan penganut agama lain telah hidup bersama dengan saling menghormati sejak sekian lama.

“Semangat toleransi dan keharmonian ini mesti terus kita pelihara,” katanya.

Tambahnya, setiap pemimpin perlu berani menegur sesuatu perbuatan yang tidak wajar tanpa mengira individu atau pihak yang terlibat.

“Apabila sesuatu itu salah, kita mesti berani menyatakan bahawa ia salah, tanpa mengira siapa yang melakukannya,” katanya.

Terdahulu, ucapan Noorazli ketika membahaskan ucapan dasar Presiden UMNO pada PAU 2026 mencetuskan kritikan selepas beliau menggunakan cerita yang mengaitkan paderi, biarawati dan kitab Bible sebagai analogi dalam penyampaiannya.

Noorazli kemudian memohon maaf pada Isnin di laman sosialnya dan menjelaskan tidak berniat menghina atau memperlekeh mana-mana agama dan bersedia memohon maaf sekiranya penyampaiannya menimbulkan salah faham atau menyinggung perasaan penganut Kristian.

Related Posts

KD Ganas, KD Serang dipindahkan ke MAWILLA 2

SANDAKAN – Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menerusi Markas Pemerintahan Armada Timur dengan kerjasama Markas Wilayah Laut 2 (MAWILLA 2) melaksanakan perpindahan dua kapal, KD Ganas dan KD Serang ke…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Semua sekolah di Negeri Sembilan ditutup mulai esok susulan jerebu

SEREMBAN – Semua institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di Negeri Sembilan diarahkan ditutup mulai esok susulan keadaan jerebu yang melanda negeri itu. Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS)…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

KD Ganas, KD Serang dipindahkan ke MAWILLA 2

  • By Ezmie
  • October 8, 2026
KD Ganas, KD Serang dipindahkan ke MAWILLA 2

Semua sekolah di Negeri Sembilan ditutup mulai esok susulan jerebu

Semua sekolah di Negeri Sembilan ditutup mulai esok susulan jerebu

Fasa dua projek tebatan banjir Kampung Rampayan perlu dipercepat

  • By Ezmie
  • October 8, 2026
Fasa dua projek tebatan banjir Kampung Rampayan perlu dipercepat

Selangor-Bersatu masih runding kerjasama, muktamad sebelum belanjawan negeri

Selangor-Bersatu masih runding kerjasama, muktamad sebelum belanjawan negeri

IPU lebih 180, semua sekolah dan institusi pendidikan KPM diarahkan tutup mulai esok

IPU lebih 180, semua sekolah dan institusi pendidikan KPM diarahkan tutup mulai esok

‎Kerajaan teliti kesan platform e-dagang terhadap peniaga fizikal, syarikat kurier tempatan

  • By Ezmie
  • October 8, 2026
‎Kerajaan teliti kesan platform e-dagang terhadap peniaga fizikal, syarikat kurier tempatan