PM Anwar mahu Malaysia-India perkukuh sinergi E&E, semikonduktor

KERALAM – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu Malaysia dan India memanfaatkan kekuatan masing-masing dalam sektor elektrik dan elektronik (E&E) serta semikonduktor bagi memperluas kerjasama ekonomi bernilai tinggi antara kedua-dua negara.

Beliau berkata, kerjasama lebih erat dalam sektor berkenaan penting bagi meningkatkan keupayaan Malaysia dan India, selain membolehkan kedua-dua negara memperoleh manfaat daripada kekuatan yang dimiliki masing-masing.

“Malaysia ialah sebuah ekonomi sedang pesat membangun dan kini semakin memberikan tumpuan kepada sektor E&E dan semikonduktor di Asia Tenggara, manakala dari segi ekonomi tenaga, kita mungkin antara yang terbesar ketika ini, termasuk dalam eksport ke Amerika Syarikat.

“Dengan kekuatan India dalam E&E dan semikonduktor, bayangkan sekiranya sinergi itu diperkukuh bagi meningkatkan keupayaan kita dan memastikan kita saling mendapat manfaat. Saya fikir perkara ini penting,” katanya.

Anwar berkata demikian ketika berucap pada sesi minum petang bersama Gabenor Keralam, Menteri Industri dan Perdagangan serta pemimpin perniagaan terkemuka India di Calicut, di sini, hari ini.

Kira-kira 30 syarikat dari Malaysia, India dan negara Teluk mengambil bahagian dalam sesi berkenaan yang membabitkan pelbagai sektor, termasuk semikonduktor, perubatan dan penjagaan kesihatan, pembinaan, kecerdasan buatan (AI), teknologi digital, teknologi maklumat, kejuruteraan, peruncitan, tenaga boleh baharu dan pengangkutan.

Perdana Menteri berkata, pertemuan itu menyediakan ruang untuk memperluas hubungan perniagaan-ke-perniagaan (B2B), selain membuka peluang kepada kerjasama baharu dalam sektor bernilai tinggi.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, India merupakan rakan ekonomi penting Malaysia, justeru negara perlu terus mempelbagaikan hubungan perdagangan dan pelaburan, di samping mengekalkan hubungan kukuh dengan rakan ekonomi utama sedia ada.

India kekal sebagai rakan dagang terbesar Malaysia di Asia Selatan, dengan nilai perdagangan dua hala mencecah AS$18.55 bilion (RM79.33 bilion) pada 2025.

Dalam perkembangan berkaitan, Anwar turut mengetengahkan hubungan sejarah antara Keralam dan Asia Tenggara menerusi Pantai Malabar yang mempunyai kaitan rapat dengan perkembangan budaya, agama dan intelektual rantau ini.

Katanya, hubungan sejarah itu perlu dimanfaatkan bagi memperluas lagi hubungan Malaysia-Keralam, khususnya dalam perdagangan dan pelaburan.

Beliau turut menggalakkan peningkatan pelaburan dua hala, termasuk aliran modal dari Malaysia ke Keralam serta dari Keralam dan negeri-negeri berdekatan di India ke Malaysia.

Turut hadir Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Johari Abdul Ghani; Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri R Ramanan; Kuasa Usaha merangkap Timbalan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia, Sharifah Ezneeda Wafa dan Konsul Jeneral Malaysia ke India Selatan, K Saravana Kumar.

Anwar kemudian berlepas dari Keralam untuk lawatan rasmi ke Maldives selepas mengakhiri lawatan kerja lima hari beliau ke India.

Related Posts

Gempa bumi bermagnitud 5.0 dikesan di perairan Sandakan

SANDAKAN – Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.0 berlaku di perairan Sandakan, Sabah pada jam 9.11 malam tadi. Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi kenyataan di Facebook pada Isnin, memaklumkan gempa itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan Kelantan, Pentadbir Tanah Pasir Mas diperintah bayar ganti rugi RM17.46 juta

KOTA BHARU – Kerajaan Kelantan dan Pentadbir Tanah Daerah Pasir Mas diperintah membayar ganti rugi berjumlah RM17.46 juta kepada 348 peserta FELCRA Bukit Tandak berhubung pengeluaran tender pembalakan pokok getah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Imigresen serbu resort terbiar jadi pusat sindiket penipuan antarabangsa

Imigresen serbu resort terbiar jadi pusat sindiket penipuan antarabangsa

Sabah jadi tumpuan pendaki dunia, 250 peserta sertai Kinabalu Climbathon edisi ke-33

Sabah jadi tumpuan pendaki dunia, 250 peserta sertai Kinabalu Climbathon edisi ke-33

GRS sasar lebih 15 kerusi Parlimen Sabah pada PRU akan datang

GRS sasar lebih 15 kerusi Parlimen Sabah pada PRU akan datang

Gempa bumi bermagnitud 5.0 dikesan di perairan Sandakan

  • By Fandi
  • October 6, 2026
Gempa bumi bermagnitud 5.0 dikesan di perairan Sandakan

Kerajaan Kelantan, Pentadbir Tanah Pasir Mas diperintah bayar ganti rugi RM17.46 juta

Kerajaan Kelantan, Pentadbir Tanah Pasir Mas diperintah bayar ganti rugi RM17.46 juta

Pahang terbuka untuk jumpa bincang dengan wakil Berjaya Hills

Pahang terbuka untuk jumpa bincang dengan wakil Berjaya Hills