Dua kenderaan bertembung, dua maut

KUANTAN – Dua maut manakala seorang dilaporkan cedera dalam kemalangan dua kenderaan di Jalan Gambang–Maran berhampiran simpang Kampung Paya Rambutan dekat sini, tengah hari tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Pahang, Mohd Salahuddin Isa berkata, mangsa yang maut terdiri pemandu dan penumpang kereta berusia 17 dan 40 tahun.

Menurutnya, pemandu kenderaan pacuan empat roda yang dilaporkan cedera dibawa ke hospital oleh orang awam.

“Bomba menerima laporan berhubung kejadian kira-kira jam 1 tengah hari sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Taman Tas ke lokasi yang berada 30 kilometer dari balai untuk operasi menyelamat.

“Anggota yang tiba di lokasi mendapati kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Honda Civic dan Toyota Hilux di mana pemandu dan penumpang kereta tersepit,” katanya, lapor Sinar Harian.

Mohd Salahuddin berkata, bomba bertindak mengeluarkan mangsa menggunakan peralatan menyelamat bagaimanapun kedua-duanya disahkan telah meninggal dunia.

“Mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” ujarnya.

Related Posts

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

KOTA KINABALU – Program Kampung (Kg) Siaga 221 yang dilaksanakan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) penting dalam meningkatkan kesedaran dan kesiapsiagaan komuniti kampung menghadapi kemungkinan berlakunya bencana. Menteri di Jabatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lapan lori, kereta atas tongkang di Kuala Kedah terbakar

ALOR SETAR – Tujuh lori dan sebuah kereta terbakar dalam kejadian di atas sebuah tongkang di Jeti Kargo Kuala Kedah, dekat sini, malam semalam. Kebakaran itu melibatkan lori jenis Isuzu,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

Jangan sekadar berkokok, kalau berani tarik sokongan

Jangan sekadar berkokok, kalau berani tarik sokongan