Sabah harap isu 40 peratus dapat disegerakan – Hajiji

KOTA KINABALU – Kerajaan Negeri Sabah berharap penyelesaian tuntutan hak 40 peratus hasil bersih yang diperuntukkan kepada negeri itu dapat disegerakan oleh Kerajaan Persekutuan.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, pihak Kerajaan Negeri Sabah ada memohon pertimbangan terutama dalam penyelesaian 40 peratus pembayaran kepada Sabah itu juga mendapat pertimbangan yang sewajarnya.

“Jadi kita ingin supaya ini juga dapat diselesaikan dan disegerakan. Itu bagi pihak negeri Sabah,” katanya pada sidang media Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) Bil.1/2026 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), di sini pada Jumaat.

Jelasnya, perkara itu dibangkitkan dalam perbincangan bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg dalam Mesyuarat tersebut.

Dalam pada itu, Perdana Menteri berkata, sebagai langkah interim, Kerajaan Persekutuan bersetuju menambah segera mulai tahun ini ke RM1.5 bilion.

Tambahnya, rundingan mengenai perkara itu akan diteruskan dengan mengambil kira kedudukan kewangan negara seperti yang diperuntukkan dalam perjanjian asal.

“Untuk itu, saya telah setuju untuk menambah segera mulai tahun ini RM1.5 bilion sebagai langkah interim.

“Rundingan diteruskan dan mengambil kira juga kedudukan kewangan seperti mana dalam perjanjian awal,” tegasnya.

Tambahnya lagi, kerajaan akan membawa kertas berkaitan perkara itu ke Parlimen pada Oktober sebelum jumlah RM1.5 bilion tersebut disalurkan kepada Sabah pada akhir Oktober atau awal November ini.

Jelasnya lagi, Jemaah Menteri pada Rabu lalu, telah bersetuju dan meluluskan prinsip penambahan penyertaan Ahli Parlimen Sabah dan Sarawak dengan meningkatkan nisbah perwakilan mereka.

Turut hadir, Timbalan-Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Dr. Joachim Gunsalam, Datuk Seri Masidi Manjun dan Datuk Ewon Benedick.

Related Posts

Selangor umum 26 Oktober cuti ganti sempena Jubli Perak 25 tahun Sultan Sharafuddin

SHAH ALAM – Tarikh 26 Oktober depan diumumkan sebagai Hari Kelepasan Am Gantian bagi seluruh negeri Selangor bersempena dengan Sambutan Jubli Perak 25 Tahun Pemerintahan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PATI, pemilik lesen Ali Baba bakal digempur – Setpol MB Selangor

SHAH ALAM – Hampir 100 kedai milik pendatang asing tanpa izin (PATI) kini dalam perhatian Kerajaan Selangor. Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Saifuddin Shafi Muhammad berkata, warganegara yang turut bersekongkol…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Selangor umum 26 Oktober cuti ganti sempena Jubli Perak 25 tahun Sultan Sharafuddin

Selangor umum 26 Oktober cuti ganti sempena Jubli Perak 25 tahun Sultan Sharafuddin

PATI, pemilik lesen Ali Baba bakal digempur – Setpol MB Selangor

PATI, pemilik lesen Ali Baba bakal digempur – Setpol MB Selangor

Hampir semua gunung berapi di Indonesia masih aktif

Hampir semua gunung berapi di Indonesia masih aktif

PM zahir keprihatinan, luang masa santuni mangsa kebakaran Kampung Numbak

PM zahir keprihatinan, luang masa santuni mangsa kebakaran Kampung Numbak

2,000 jemaah tunai solat Jumaat bersama PM di Masjid Jamek Kampung Likas

2,000 jemaah tunai solat Jumaat bersama PM di Masjid Jamek Kampung Likas

Pemandu lori didakwa bunuh empat individu dalam kemalangan di LPT

Pemandu lori didakwa bunuh empat individu dalam kemalangan di LPT