PROJEK Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di Tebuk Semani dan Kampung Sungai Nipah di Bagan Datuk, Perak, akan membawa 1,001 manfaat kepada penduduk di kawasan itu.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, menerusi projek berkenaan, ia juga akan dapat mengurangkan impak banjir dan kerosakan harta benda awam.
“Kebajikan rakyat sentiasa menjadi keutamaan saya dan saya akan memastikan projek ini diteruskan dengan jayanya, Insya-Allah,” kata hantaran di laman Facebook hari ini.
Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara sebelum itu menghadiri mesyuarat penyelarasan di Pejabat Daerah dan Tanah Bagan Datuk berkaitan cadangan projek RTB berkenaan.







