Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

KUALA LUMPUR – Kementerian Ekonomi sedia meneliti mekanisme baharu bagi meningkatkan ketelusan tawaran gaji bagi memastikan pertumbuhan ekonomi negara diterjemahkan kepada pulangan yang lebih adil kepada pekerja.

Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, tumpuan akan diberikan kepada cara memperkukuh ketelusan dalam penawaran gaji, termasuk menangani jurang pendapatan yang masih wujud khususnya dalam kalangan Bumiputera.

Beliau menjelaskan, langkah itu bukan bertujuan menetapkan kadar gaji secara mutlak, sebaliknya bagi memastikan pekerja mendapat akses maklumat lebih jelas untuk menilai sama ada tawaran diterima setimpal dengan kelayakan dan kemahiran.

“Hasrat kita adalah memastikan pertumbuhan ekonomi dapat dirasai rakyat, termasuk melalui pertumbuhan gaji.

“Dari segi gaji median, kita kini berada sekitar RM3,600, tetapi jurang itu masih ada, terutamanya dalam kalangan Bumiputera,” katanya, lapor Berita Harian.

Beliau berkata demikian selepas Forum Penciptaan Kekayaan dan Penguasaan Korporat Bumiputera di sini hari ini.

Akmal berkata, kerajaan turut melihat keperluan meningkatkan bahagian pampasan pekerja dalam ekonomi agar selari dengan pertumbuhan negara. Ini termasuk memastikan tawaran gaji dibuat secara lebih telus dan adil.

Beliau turut menyentuh isu pemampatan gaji, di mana kenaikan gaji minimum tidak diikuti peningkatan setimpal bagi pekerja kategori lain seperti pemegang diploma dan ijazah.

Kenaikan gaji minimum kepada RM1,700 ketika ini disifatkan peningkatan ketara berbanding sedekad lalu.

Namun, perbincangan mengenai struktur gaji perlu diteruskan secara berkala.

“Usaha ini penting bagi memastikan graduan mempunyai laluan kepada pekerjaan berpendapatan tinggi, termasuk melalui peningkatan penyertaan dalam industri bernilai tinggi,” katanya.

Beliau menggesa lebih ramai anak Bumiputera memilih bidang STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik) bagi merebut peluang dalam sektor berpendapatan tinggi.

Mengulas lanjut, Akmal memaklumkan, tawaran gaji perlu mengambil kira keperluan perbelanjaan pekerja berdasarkan indikator Perbelanjaan Asas Kehidupan Wajar, termasuk perbezaan kos sara hidup mengikut lokasi dan saiz isi rumah.

“Antara cabaran pencari kerja adalah gaji tidak boleh dirunding. Tawaran yang diberi ‘take it or leave it’, sedangkan pekerja sukar buat perbandingan,” katanya.

Katanya, isu gaji perlu dilihat secara menyeluruh membabitkan peranan kerajaan, majikan dan pekerja. Inisiatif seperti gaji minimum dan Dasar Gaji Progresif akan terus dilaksanakan bagi meningkatkan pendapatan tanpa menjejaskan ekonomi.

Related Posts

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

PRESIDEN Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang menerusi tulisan terbaharunya bertajuk ‘Penyelesaian Yang Gagal‘ melontarkan kritikan keras terhadap pentadbiran Kerajaan Perpaduan. Kritikan tersebut menggambarkan Pakatan Harapan (PH) sebagai gabungan yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
SPRM siasat urus niaga tanah FELDA, bekas pengarah besar bergelar ‘Datuk’ direman

PUTRAJAYA – Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap dakwaan salah guna kuasa membabitkan pelantikan pemaju sebuah projek di Kuala Lumpur dan penjualan tanah milik FELDA membawa kepada penahanan seorang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

  • By Ezmie
  • September 7, 2026
Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

  • By Ithma
  • September 7, 2026
Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit