AI untuk rakyat: 100,000 belia dapat akses ILMUchat Pro percuma

KUALA LUMPUR – Seramai 100,000 rakyat Malaysia berusia antara 18 hingga 30 tahun disasarkan menerima akses percuma ILMUchat Pro selama tiga bulan menerusi program AI Untuk Rakyat, sebagai usaha memperluas penguasaan kecerdasan buatan (AI) dalam kalangan belia.

Ketua Pegawai Eksekutif YTL AI Labs, Foong Chee Mun berkata, inisiatif itu bertujuan melengkapkan generasi muda dengan pengetahuan dan kemahiran AI agar mereka bukan sahaja menjadi pengguna teknologi berkenaan, malah mampu menyumbang kepada pembangunan ekosistem AI negara.

“Kami berbangga dapat menyokong Kerajaan Malaysia dalam merealisasikan aspirasi negara untuk menjadi peneraju AI, bermula dengan memberi akses kepada ILMUchat Pro kepada rakyat muda Malaysia melalui program AI Untuk Rakyat.

“Kami berharap dapat memperkasakan generasi ini bukan sahaja untuk menggunakan AI, malah menjadi pembangun dan penyumbang yang mencorakkan masa depan AI Malaysia,” katanya dalam kenyataan.

Program AI Untuk Rakyat ialah inisiatif kebangsaan Kementerian Digital yang dilaksanakan dengan kerjasama YTL AI Labs dan MyDIGITAL Corporation menerusi platform latihan digital kebangsaan, Rakyat Digital.

Inisiatif itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Julai lalu sempena pelancaran AI Malaysia di Cyberjaya bersama Pelan Tindakan AI Kebangsaan 2026-2030.

Menerusi program itu, peserta yang melengkapkan modul pembelajaran ditetapkan di platform Rakyat Digital dan memilih ILMUchat akan menerima akses tanpa had kepada ILMUchat Pro selama tiga bulan.

Langganan ILMUchat Pro lazimnya ditawarkan pada harga RM50 sebulan.

MyDigital ID akan digunakan bagi mengesahkan kelayakan peserta serta memastikan proses pengaktifan langganan percuma dilaksanakan secara selamat dan lancar.

ILMUchat Pro ialah pembantu AI yang dibangunkan mengikut cara rakyat Malaysia berkomunikasi dan bekerja, termasuk menyokong pertukaran bahasa secara semula jadi antara bahasa Melayu, bahasa Inggeris, bahasa Cina dan Manglish.

Platform itu boleh digunakan untuk pelbagai tugasan harian, pendidikan dan profesional seperti merangka e-mel dan surat, menghasilkan poster, grafik serta slaid pembentangan, selain membantu pengguna membina prototaip aplikasi tanpa perlu menulis kod.

Ia turut menawarkan bantuan berkaitan urusan seperti pembayaran balik Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), permohonan geran perusahaan kecil dan sederhana serta permohonan pekerjaan.

Bagi mendapatkan tawaran itu, peserta perlu mendaftar di portal Rakyat Digital, melengkapkan modul pembelajaran yang ditetapkan, memilih ILMUchat Pro pada papan pemuka sebelum mengaktifkan akses menggunakan MyDigital ID.

Related Posts

Lawatan China: Anwar fokus kerjasama ekonomi, pelaburan dan TVET

SHANGHAI – Datuk Seri Anwar Ibrahim meneruskan agenda lawatan kerja beliau ke China hari ini dengan memberi tumpuan kepada pengukuhan kerjasama ekonomi, pelaburan dan pembangunan kemahiran. Perdana Menteri dijadual mengadakan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar yakin 22 anak muda mampu serlah bakat TVET di Shanghai

SHANGHAI – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menyatakan keyakinan terhadap kemampuan 22 anak muda Malaysia yang membawa cabaran negara pada Pertandingan Kemahiran Dunia Shanghai 2026. Beliau berkata, penyertaan mereka…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Skuad United dalam keadaan terlalu lemah

Skuad United dalam keadaan terlalu lemah

Pemansuhan syarat ekuiti 30 peratus tidak jejas pemilikan Bumiputera dalam IPS

Pemansuhan syarat ekuiti 30 peratus tidak jejas pemilikan Bumiputera dalam IPS

Pemuliharaan Tebingan Batang Mukah jamin kelestarian, manfaat komuniti

Pemuliharaan Tebingan Batang Mukah jamin kelestarian, manfaat komuniti

Lawatan China: Anwar fokus kerjasama ekonomi, pelaburan dan TVET

Lawatan China: Anwar fokus kerjasama ekonomi, pelaburan dan TVET

Model negara bukan sekadar dalil, Pas perlu jawab dengan dasar dan prestasi

Model negara bukan sekadar dalil, Pas perlu jawab dengan dasar dan prestasi

Anwar yakin 22 anak muda mampu serlah bakat TVET di Shanghai

Anwar yakin 22 anak muda mampu serlah bakat TVET di Shanghai