Presiden STU gesa guru pelihara profesionalisme, elak sentuh isu sensitif

KUCHING – Presiden Kesatuan Guru Sarawak (STU), Kullin Djayang mengingatkan semua ahli agar sentiasa memelihara profesionalisme kerjaya, katanya pada pada majlis makan malam Persidangan Perwakilan Tiga Tahunan (TDC) yang berakhir pada Isnin.

Beliau menegaskan bahawa warga pendidik perlu mengelakkan perkataan tidak senonoh di media sosial, menjauhi sentimen 3R serta mengelak daripada menentang dasar kerajaan.

“Segala masalah dan pertelingkahan sebaliknya perlu dibincangkan dengan menghormati keputusan pengurusan sekolah, PPD, JPN dan KPM.

“Semua pendirian STU adalah selalu berdasarkan keperluan dan kehendak para ahli serta guru, namun juga mengambil berat pandangan pihak pengurusan,” katanya.

Dalam masa yang sama, menurutnya, pihak pengurusan sekolah turut dinasihatkan agar tidak membebankan guru dan kakitangan dengan pelbagai arahan kerja yang boleh mengundang tekanan mental yang melampau.

Sementara itu, persidangan TDC kali ini telah menyaksikan pemilihan jawatankuasa bagi sesi 2026 hingga 2029 dengan penglibatan kira-kira 70 peratus ahli yang keluar mengundi.

Kullin berjaya mengekalkan jawatan Presiden dengan meraih 7,692 undi, manakala jawatan Timbalan Presiden yang disandang oleh Yong Sie Hing serta kesemua Naib Presiden dimenangi tanpa bertanding.

Pihak kesatuan merakamkan ucapan tahniah kepada semua calon yang terpilih dan berharap barisan kepimpinan baharu ini bersedia untuk bertugas sebaik mungkin demi menjaga kebajikan para guru.

Related Posts

KRT Sandakan, Libaran perkukuh perpaduan masyarakat pelbagai kaum – Suhaimi

SANDAKAN – Komuniti Rukun Tetangga (KRT) di daerah ini dan kawasan Libaran memainkan peranan penting dalam memperkukuh perpaduan serta mengeratkan hubungan masyarakat pelbagai kaum. Ahli Parlimen Libaran, Datuk Suhaimi Nasir…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan MADANI rasmi serah Pelabuhan Bintulu kepada Sarawak

KUCHING – Komitmen Kerajaan MADANI dalam memperkasakan hak dan tuntutan di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dimanifestasikan sepenuhnya apabila pentadbiran Pelabuhan Bintulu kini diserahkan secara rasmi kepada kerajaan Sarawak berkuat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‘Tetamu Istimewa’ muncul di belakang rumah penduduk Kampung Geliga

‘Tetamu Istimewa’ muncul di belakang rumah penduduk Kampung Geliga

KRT Sandakan, Libaran perkukuh perpaduan masyarakat pelbagai kaum – Suhaimi

  • By Fandi
  • September 16, 2026
KRT Sandakan, Libaran perkukuh perpaduan masyarakat pelbagai kaum – Suhaimi

Kerajaan MADANI rasmi serah Pelabuhan Bintulu kepada Sarawak

Kerajaan MADANI rasmi serah Pelabuhan Bintulu kepada Sarawak

Ketika Najib, Abdul Hadi berkuasa Rohingya dibawa masuk

Ketika Najib, Abdul Hadi berkuasa Rohingya dibawa masuk

Pimpin Kerajaan MADANI tidak sama gambaran perjuangan reformasi terdahulu

Pimpin Kerajaan MADANI tidak sama gambaran perjuangan reformasi terdahulu

‘Wan Azizah banyak urus keluarga, saya bukan bapa ideal’ – PMX

‘Wan Azizah banyak urus keluarga, saya bukan bapa ideal’ – PMX