Sindiket guna Alphard sewa angkut warga Myanmar

JITRA – Kegiatan sindiket yang dipercayai menyeludup dan menempatkan warga Myanmar yang memasuki negara ini secara haram di beberapa motel di Changlun, dekat sini terbongkar selepas 13 warganegara itu ditahan pada 14 Ogos lalu.

Taktik itu dikesan menerusi Op Pintas selepas polis menahan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) mewah jenis Toyota Alphard yang dipandu seorang lelaki bersama dua penumpang warga Myanmar.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Mohd. Radzi Abdul Rahim berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 2 petang itu, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu mengesan sebuah MPV mewah dalam keadaan mencurigakan di Pekan Changlun.

Katanya, anggota polis kemudian mengekori MPV berwarna putih itu sebelum kenderaan berkenaan berhenti di hadapan sebuah motel di Changlun.

“Pasukan serbuan kemudian menahan MPV itu dan pemeriksaan mendapati seorang lelaki Myanmar berada di tempat duduk pemandu, manakala dua wanita Myanmar berada di bahagian belakang.

“Hasil soal siasat mendapati terdapat beberapa lagi warga asing ditempatkan di motel berkenaan. Polis kemudian menyerbu sebuah bilik dan menahan enam lelaki serta dua lagi wanita Myanmar,” katanya pada sidang akhbar di IPD Kubang Pasu di sini hari ini.

Beliau berkata, hasil siasatan lanjut membawa kepada penahanan masing-masing seorang lelaki dan wanita warga Myanmar di sebuah motel berlainan yang turut terletak di Changlun.

“Pemeriksaan mendapati kesemua 13 warga Myanmar terbabit termasuk pemandu berusia antara 20 hingga 35 tahun gagal mengemukakan dokumen perjalanan diri yang sah,” katanya.

Menurutnya, polis turut merampas Toyota Alphard berkenaan yang dipercayai digunakan untuk mengambil dan menghantar warga asing terbabit.

“Hasil siasatan mendapati MPV itu disewa daripada sebuah syarikat kereta sewa di Kuala Lumpur dan dipercayai digunakan untuk mengambil pendatang yang baru memasuki Malaysia melalui laluan tikus di kawasan sempadan.

“Kesemua warga asing itu kemudian dipercayai ditempatkan sementara di motel sebelum dihantar ke lokasi tertentu. Setakat ini, siasatan mendapati pihak pengurusan motel tidak mempunyai kaitan dengan sindiket berkenaan,” jelasnya.

Tambahnya, kesemua suspek direman bermula 16 Ogos hingga 12 September ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 serta Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

Related Posts

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

PUTATAN – Keperluan fasiliti sukan, dana program belia, kos sara hidup dan peluang pekerjaan antara isu utama disuarakan golongan belia Sabah untuk dipertimbangkan dalam Belanjawan Belia MADANI 2027. Timbalan Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis buru suspek curi Hilux di Perumahan Bukit Ubi

KUANTAN – Polis sedang mengesan seorang lelaki disyaki mencuri sebuah Toyota Hilux berwarna putih di Lorong Bukit Ubi 59, Perumahan Bukit Ubi di sini, petang kelmarin. Kenderaan itu dilaporkan hilang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

Menang pilihan raya bukan lesen guling Raja – Anwar

Menang pilihan raya bukan lesen guling Raja – Anwar

Laporan awal pengurusan dan tatakelola FELDA didedah minggu depan – Anwar

Laporan awal pengurusan dan tatakelola FELDA didedah minggu depan – Anwar

Hak mohon pengampunan milik setiap banduan, keputusan bukan di tangan kerajaan

Hak mohon pengampunan milik setiap banduan, keputusan bukan di tangan kerajaan

Anwar mahu dengar penjelasan Anthony sebelum putuskan peletakan jawatan

Anwar mahu dengar penjelasan Anthony sebelum putuskan peletakan jawatan

Perpaduan Melayu-Islam: Antara tuntutan agama dan kepentingan parti politik

Perpaduan Melayu-Islam: Antara tuntutan agama dan kepentingan parti politik