Kualiti udara tidak sihat, orang ramai disaran kurangkan aktiviti luar

Oleh: Sam Hisam

KOTA KINABALU – Orang ramai khususnya kanak-kanak, golongan belia, warga emas serta individu yang mempunyai masalah kesihatan dan pernafasan dinasihatkan supaya mengurangkan aktiviti fizikal dan kegiatan di luar rumah sekiranya kualiti udara berada pada tahap tidak sihat.

Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif Sabah, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata, langkah berkenaan penting bagi mengurangkan risiko kesihatan akibat pendedahan kepada udara yang tercemar.

“Golongan yang lebih terdedah kepada kesan pencemaran udara perlu mengambil langkah berjaga-jaga dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di kawasan masing-masing.

“Dalam konteks aktiviti sukan dan rekreasi pula, beliau menyeru persatuan sukan, akademi, kelab, jurulatih serta penganjur program supaya sentiasa memantau bacaan IPU sebelum menjalankan sebarang aktiviti di kawasan terbuka.

“Sebarang penyesuaian terhadap jadual atau bentuk aktiviti perlu dibuat berdasarkan keadaan kualiti udara semasa bagi memastikan kesihatan dan keselamatan atlet, pemain serta peserta tidak terjejas.

“Kesihatan dan keselamatan atlet, pemain serta peserta hendaklah menjadi keutamaan,” katanya dalam kenyataan media, disini pada Selasa.

Nizam berkata, sekiranya keadaan tidak mengizinkan, aktiviti berintensiti tinggi di kawasan terbuka wajar dikurangkan, ditangguhkan atau dipindahkan ke lokasi tertutup yang bersesuaian.

“Pendekatan itu amat penting terutama bagi aktiviti yang memerlukan tahap kecergasan fizikal tinggi kerana peserta mungkin terdedah kepada udara tercemar dalam tempoh yang lebih lama.

“Pada masa sama, saya menyeru agar seluruh masyarakat supaya tidak melakukan sebarang pembakaran terbuka yang boleh memburukkan lagi keadaan kualiti udara, khususnya ketika keadaan atmosfera kurang baik.

“Suka saya mengingatkan kepada orang ramai supaya segera melaporkan sebarang kejadian pembakaran terbuka atau kebakaran kepada pihak berkuasa bagi membolehkan tindakan segera diambil.

“Sebarang kejadian pembakaran terbuka atau kebakaran hendaklah segera dilaporkan kepada pihak berkuasa supaya tindakan dapat diambil,” ujarnya.

Menurutnya, Kerajaan Negeri melalui agensi berkaitan akan terus mengikuti perkembangan kualiti udara semasa dan memastikan tindakan sewajarnya diambil mengikut keadaan yang berlaku.

“Saya percaya Jabatan Alam Sekitar (JAS) serta agensi-agensi berkaitan sedang melaksanakan langkah sewajarnya, termasuk meningkatkan pemantauan, rondaan dan penguatkuasaan bagi menangani faktor yang boleh menyumbang kepada kemerosotan kualiti udara.

“Sehubungan itu, saya berharap semua pihak memberikan kerjasama dengan mematuhi nasihat pihak berkuasa serta mengambil langkah berjaga-jaga demi melindungi kesihatan diri dan keluarga.

“Orang ramai juga boleh mendapatkan maklumat terkini mengenai bacaan IPU melalui saluran rasmi dan tidak bergantung kepada maklumat yang tidak disahkan, selain bersama-sama membantu mencegah aktiviti yang boleh memburukkan lagi keadaan kualiti udara di Sabah,” jelasnya.

Dalam perkembangan sama, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah turut menasihatkan individu yang perlu keluar rumah supaya memakai pelitup muka bersesuaian, minum air secukupnya serta menjaga kebersihan diri selepas melakukan aktiviti luar.

Orang ramai yang mengalami gejala seperti batuk, sesak nafas atau sakit dada pula dinasihatkan segera mendapatkan rawatan di fasiliti kesihatan berhampiran.

Related Posts

Lelaki rugi RM161,400 terpedaya tawaran tender bekalan stesen jana kuasa palsu

KUCHING – Seorang lelaki warga tempatan berusia 62 tahun mengalami kerugian sebanyak RM161,400 akibat ditipu dalam urusan tawaran tender pembekalan stesen jana kuasa mudah alih secara atas talian.   Ketua Polis…

Lebih lanjut

teruskan membaca
JKM salur 900 karton air minuman bantu penduduk terjejas kemarau

KABONG – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Sarawak menyalurkan 900 karton air minuman botol kepada penduduk Kampung Sungai Pala yang terjejas akibat musim kemarau, pada Khamis. Penghantaran fasa kedua dijangka menyusul…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Martinelli keluar Arsenal, masuk Al Hilal

Martinelli keluar Arsenal, masuk Al Hilal

Lelaki rugi RM161,400 terpedaya tawaran tender bekalan stesen jana kuasa palsu

Lelaki rugi RM161,400 terpedaya tawaran tender bekalan stesen jana kuasa palsu

JKM salur 900 karton air minuman bantu penduduk terjejas kemarau

JKM salur 900 karton air minuman bantu penduduk terjejas kemarau

Kekal OPR bukti Bank Negara yakin pertumbuhan ekonomi Malaysia

Kekal OPR bukti Bank Negara yakin pertumbuhan ekonomi Malaysia

Kementerian Pertahanan kaji naik taraf insentif Palapes

Kementerian Pertahanan kaji naik taraf insentif Palapes

Dunia pertahanan kini perlu kepakaran baharu termasuk AI – Khaled

Dunia pertahanan kini perlu kepakaran baharu termasuk AI – Khaled